suria

“Itu bapa mereka” - Shuhada tak halang Hafidz Roshdi jumpa anak-anak di hari raya

Shuhada tidak akan putuskan hubungan Hafidz dengan anak-anak.

ISTERI Hafiz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tidak akan menghalang sekiranya pelakon itu mahu bertemu dengan dua anak mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri meskipun kini berdepan kemelut rumah tangga.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata, meskipun semangatnya untuk meraikan lebaran tidak sama seperti tahun sebelum ini namun dia tetap kuat demi anak-anaknya.

“Kalau dia (Hafidz) nak jumpa saya tidak halang. Itu bapa mereka.

“Saya memang tak semangat nak sambut raya tahun ini. Tetapi demi anak-anak kenalah kuatkan juga. Syukur Allah kurniakan rezeki apabila ramai yang memberi kelengkapan baru untuk anak-anak menjelang raya,” katanya kepada mStar.

shuhada 22

Kemeriahan raya tetap akan diraikan untuk anak-anak.

Tambah Shuhada dalam keadaan dirinya kini sedang hamil 12 minggu, dia mendapat sokongan kuat ahli keluarga supaya sentiasa tabah berdepan ujian rumah tangga.

Meraikan 1 Syawal bersama keluarga di Perlis, Shuhada juga sedia berdepan dengan pelbagai soalan daripada tetamu yang datang berkunjung di hari raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada abai komen negatif pertikai kehamilan ketiganya, minta nasihat Ustazah Asma' Harun

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Hafidz Roshdi umum hamil, bimbang tekanan beri kesan kepada bayi

“Dalam keadaan saya macam ini pun, raya kenalah sambut seperti biasa. Allah dah katakan bahawa 1 Syawal untuk kita bergembira meraikan kemenangan selepas Ramadan. Segala rancangan Allah ini sudah disusun baik untuk saya.

“Saya tahu pasti akan ramai yang bertanya tentang keadaan saya. Apa yang boleh saya buat hanyalah senyum dan minta mendoakan untuk saya.

“Ahli keluarga terutamanya ibu memberi sokongan penuh kepada saya. Tidak boleh saya banding bagaimana besarnya pengorbanan ibu ketika ini,” ujarnya.

Saya memang tak semangat nak sambut raya tahun ini. Tetapi demi anak-anak kenalah kuatkan juga.

NURUL SHUHADA

ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Berkongsi keadaan dirinya, Shuhada meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang awal tempoh kehamilan.

“Allah mudahkan urusan saya kali ini. Tiada sebarang alahan teruk untuk anak ketiga ini.

“Kerja juga masih berjalan seperti biasa. Saya mencari rezeki untuk anak-anak dan tidak mahu mengeluh penat,” jelasnya.

shuhada 3

Perbicaraan kes cerai Hafidz dan Shuhada akan disambung Mei depan.

Isu rumah tangga pasangan ini masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada ditangguhkan selepas sambutan Aidilfitri.

Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain