suria

[V] Pachara Apin dakwa Afiq Muiz sengaja lambatkan kes fasakh, beri alamat taska

PELAKON Pachara Apin mendakwa Afiq Muiz seolah-olah mahu mempermainkannya atas tujuan melambatkan kes tuntutan fasakh yang dibuat terhadap suaminya itu.

Dakwa Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, Afiq sebelum ini memberikan alamat palsu kepada peguamnya yang mahu menyerahkan surat tuntutan fasakh.

"Sepatutnya hari ini berjalan lancar tapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran defendan (Afiq) nampak macam sengaja melambatkan lagi kes ini.

"Peguam saya beritahu segala bukti dan mesej telah sampai kepadanya berhubung tuntutan fasakh ini.

"Pihak peguam sudah menghubunginya sebelum ini namun dia turut memberikan alamat palsu iaitu alamat sebuah taska.

Afiq Pachara

Afiq akan memasukkan pembelaan bertulis terhadap tuntutan fasakh isterinya.

"Apabila berlaku macam ini, nampak macam dia mempermainkan peguam dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita.

Pachara mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui sejurus selepas prosiding tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada Khamis.

Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa'at memberitahu anak guamnya tidak menerima sebarang surat atau notis berhubung tuntutan fasakh dibuat plaintif (Pachara) dan hanya mengetahui mengenainya melalui laporan media.

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz akhirnya muncul di mahkamah, Pachara Apin bawa dua saksi tuntutan fasakh

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz minta isteri tak buat cerita bohong, adik pula dakwa Pachara pernah maki ibu

"Ya benar anak guaman saya sebenarnya tidak tahu mengenai kes tuntutan fasakh ni, hanya tahu media pihak media saja,” luahnya.

Hakim Syarie Abdul Malik Soleh yang mendengar kes itu menetapkan sebutan semula pada 15 Jun depan bagi membolehkan pihak defendan memasukkan pembelaan bertulis kes itu.

"Pihak mahkamah membenarkan kami untuk memasukkan pembelaan secara bertulis jadi kes akan bermula semula dan tunggu jawapan daripada pihak plaintif,” ujarnya.

Sementara itu, Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, yang ditemui pemberita enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah membuat keputusan.

Pihak peguam sudah menghubunginya sebelum ini namun dia turut memberikan alamat palsu iaitu alamat sebuah taska.

PACHARA APIN

PELAKON

"Saya tak boleh komen apa-apa semuanya saya serahkan kepada mahkamah yang tentukan," ujarnya.

Sebelum ini, peguam Syarie mewakili Pachara iaitu Suriati Ab Gani meluahkan kebimbangan kehadiran Afiq akan melambatkan proses tuntutan itu kerana akan ada kemungkinan pelakon itu tidak bersetuju dengan dakwaan culas membayar nafkah.

"Kalau dia datang, ia akan melambatkan proses keterangan saksi pada hari ini sebab prosesnya akan berpatah balik ke belakang.

"Hari ini ialah sesi keterangan saksi, sekiranya dia (Afiq) setuju dan mengaku tak memberi nafkah, pihak kami boleh mulakan proses fasakh tetapi kalau sebaliknya, pihak ami perlu masukkan pembelaan bertulis," jelasnya.

553

Pasangan ini berkahwin pada 2019.

Sebelum ini, Pachara menjelaskan dia membuat tuntutan itu selepas digantung tak bertali sejak Julai 2021.

Ini termasuk permohonan bercerai secara baik yang difailkan tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila pelakon itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain