suria

[V] Syamsul tak mahu sakiti lagi perasaan Puteri Sarah, reda sebarang ketentuan rumah tangga

PENGARAH Syamsul Yusof tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Puteri Sarah Liyana kerana tidak mahu menyakiti perasaan isteri pertamanya itu.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, dia juga reda dengan apa sahaja ketentuan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Isnin ini dan berharap Puteri Sarah turut berperasaan sama.

“Insya Allah saya cuba reda apa sahaja. Mudah-mudahan begitu juga dengan Sarah.

“Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakiti Sarah lagi," katanya ketika ditemui pemberita.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 10.05.53 AM (1)

Syamsul mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan baik.

Syamsul hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Khamis bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah.

Hakim Syarie, Maizatul Aliza Che Din menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei ini sebagai sebutan semula bagi memboleh pihak-pihak memfailkan pembelaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah minta cerai sebab ada orang lain, tak tergamak pukul isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedia tengok Syamsul dan Puteri Sarah berdamai tapi ada syaratnya

Ia susulan Puteri Sarah tidak dapat hadir pada prosiding tersebut kerana berada di luar negara atas tuntutan kerja.

Sementara itu, meskipun reda dengan ketentuan terhadap rumah tangganya, Syamsul tetap berharap semua kemelut yang melanda perkahwinan mereka berakhir dengan baik.

"Doakan untuk saya dan Sarah sama ada ia berakhir dengan baik atau tidak.

553

Syamsul masih berharap rumah tangganya dengan Puteri Sarah dapat diselamatkan.

"Saya pun tak nak cakap banyak sebab takut salah cakap," katanya.

Sementara itu, peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya sedia maklum akan tuntutan nusyuz terhadapnya.

Kata Akberdin pihaknya menerima surat mengenai permohonan tersebut pada 24 Mac lalu dan tidak terkejut dengan perkara tersebut.

“Sekarang ini zaman sosial media. Dia (Sarah) sudah tahu lebih awal dan tidak terkejut tentang tuntutan nusyuz.

1870620

Pasangan ini bersama dua anak mereka.

“Pihak kami akan memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan tersebut,” katanya.

Syamsul sebelum ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah pada 21 Mac lalu.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain