suria

[V] Kalau dah terang-terangan benci, Panchara Apin desak Afiq Muiz ceraikannya 

PELAKON Pachara Apin mendesak Afiq Muiz segera menceraikannya memandangkan dia meluahkan perasaan benci terhadap selain menabur fitnah serta memburuk-burukkan dirinya di media sosial.

Dakwa Pachara atau Nur Aaira Mahdeya, 32, Afiq bukan sahaja mengaibkan dirinya di media sosial malah turut menderanya secara fizikal selama tiga tahun namun mendiamkan diri.

"Kalau benci sangat pada saya dan sikap saya yang teruk, lepaskan saya. Sudah terang-terang dia mengata saya, isterinya sendiri... macam saya teruk sangat. Jadi, apa lagi?

"Awak terang-terang bercakap benda buruk mengenai saya dan aibkan saya di media sosial. Bukan sahaja aibkan tapi dia mendera saya secara fizikal selama tiga tahun.

Afiq Pachara

Pasangan ini hadir ke mahkamah bagi prosiding tuntutan fasakh yang dibuat Pachara.

"Dari A hingga Z, dia banyak fitnah saya. Saya cuba sedaya upaya tutup mulut. Biar mahkamah yang nampak sendiri bukti dan siapa yang curang," katanya kepada pemberita.

Pachara meluahkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam bagi menghadiri prosiding tuntutan fasakh terhadap Afiq pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pachara Apin dakwa Afiq Muiz sengaja lambatkan kes fasakh, beri alamat taska

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz akhirnya muncul di mahkamah, Pachara Apin bawa dua saksi tuntutan fasakh

Tambah aktres itu lagi, dia berharap selepas ini Afiq akan mencari kebahagiaan dan calon isteri lebih baik daripada dirinya.

"Cari isteri yang sesuai dan dapat tahan dengan awak," katanya.

Sementara itu, Pachara turut meminta orang luar tidak campur tangan dengan menokok tambah dalam urusan rumah tangga mereka.

Cari isteri yang sesuai dan dapat tahan dengan awak.

PACHARA APIN

PELAKON

"Alhamdulillah keluarga saya ada otak dan sentiasa minta saya bertenang. Mereka boleh fikir dengan baik walaupun usia masih muda.

"Harap orang yang ada kena mengenai sahaja (beri kenyataan). Hanya suami isteri sahaja yang tahu perangai masing-masing. Orang luar, sila jangan bercakap kalau tak tahu apa-apa," jelasnya.

Pada Khamis, Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menangguhkan prosiding tuntutan fasakh itu pada 15 Jun depan bagi membolehkan pihak defendan (Afiq) memasukkan pembelaan bertulis kes itu.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 12.56.29 PM

Afiq akhirnya muncul di mahkamah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Prosiding keterangan saksi itu ditunda selepas Afiq hadir dan mengaku tidak menerima surat tuntutan dibuat isterinya sebaliknya hanya mengetahui melalui laporan media.

Pachara diwakili peguam Syarie Suriati Ab Ghani manakala Afiq diwakili Mohd Yazit Sa'at.

Sebelum ini, Pachara menjelaskan dia membuat tuntutan itu selepas digantung tak bertali sejak Julai 2021.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 12.56.29 PM (1)

Pachara hanya mahu meneruskan kehidupannya.

Ini termasuk permohonan bercerai secara baik yang difailkan tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila pelakon itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain