suria

Ali Puteh sudah pulangkan ‘barang’ dihantar ke rumah, doa dosa pemilik diampunkan

Ali mendedahkan menjumpai beberapa barang pelik di rumah milik Abam.

PELAWAK Ali Puteh meluahkan rasa kecewa apabila pendedahan mengenai penemuan beberapa barang mencurigakan seperti taburan garam kasar, daun bidara dan bangkai haiwan di kediaman milik Allahyarham Abam menjadi bahan sindiran netizen.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, masyarakat boleh mungkin boleh menjadikan ia sebagai perkara lawak memandangkan ia tidak berlaku ke atas diri mereka.

"Bergelak ketawalah dengan sindiran komen taburan garam limau dan bangkai itu sebagai mainan. Ada yang mengejek ini sebagai jenaka. Ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.

"Tak kena pada anda semua, kalau kena pada yang komen itu semua tahulah. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa, ini barang jangan dibuat main," katanya.

299534234_609176567459615_7288429446508128671_n

Ali luahkan kekecewaan yang berlaku.

Ali berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Pun begitu, ruangan komen hantaran berkenaan dimatikan dipercayai kerana enggan diganggu dengan sindiran netizen.

Dalam pada itu, Ali memberitahu dia juga telah 'memulangkan' semula barang berkenaan kepada pemiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap 3 tahun Abam pergi, balu ‘pulang’ rumah tapi salam tidak bersahut - “Sejam dekat sini tapi tak bagi masuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam minta Ali Puteh tidak lengah bayar ganti rugi, mahu teruskan hidup dengan anak

Malah dia turut berharap agar dosa pemilik barangan yang dihantar ke rumah berkenaan diampunkan.

"Pada si penabur barang-barang itu, jangan risau kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu. Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dilakukan.

"Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang, bukan handal dengan ilmu aniaya orang," katanya lagi.

308248275_1585089551945162_8939243516416384429_n

Kemelut Ali dan juga Hidayah bermula sejak Abam meninggal dunia.

Terdahulu, balu kepada Abam iaitu Norhidayah Mohd Ali berkunjung ke kediaman yang pernah dia bersama Allahyarham tinggal di Gombak selepas tiga tahun pemergian pelawak berkenaan.

Bagaimanapun kata Hidayah, kunjungan ke rumah tersebut tidak disambut dengan baik oleh keluarga suaminya apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam.

Untuk rekod, pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak tersebut menerusi Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian tersebut, Ali didakwa menuduh Hidayah sebagai seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.

321562980_1191151261609522_7373619747784947677_n

Hidayah menang kes saman fitnah yang difailkan.

Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam meninggal dunia.

Setelah dua tahun turun naik mahkamah, Hidayah menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya itu.

Ali pula diperintahkan membayar ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000.

Untuk rekod, pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain