suria

Chot buntu apa kemahuan bekas isteri, nak bersemuka kena ‘block’ pula

Chot mahu bersemuka dengan bekas isterinya untuk berdamai.

PENYAMPAI radio stesen Melaka FM Hazmeer Hassan atau Chot tetap mahu bersemuka dengan bekas isteri, Siti Zafirulah Azzah bagi menyelesaikan kemelut berbangkit di antara mereka meskipun sudah sah bercerai.

Chot, 33, bagaimanapun berkata, Azzah enggan memberi kerjasama malah sudah menyekat semua bentuk komunikasi termasuk di platform media sosial meskipun sudah menggunakan kaedah undang-undang bagi mencari pendamaian.

"Kalau boleh saya nak kami bersemuka, tapi dia (bekas isteri) pun tak nak berjumpa. Kalau ikutkan reaksi dia dengan tidak menghiraukan segala surat peguam, saya berpandangan dia tidak mahu berdamai," katanya kepada mStar.

chot2 - 1

Chot menggunakan khidmat peguam untuk mencari pendamaian.

Chot memberitahu sebelum ini ada menghantar tuntutan permohonan maaf serta ganti rugi fitnah terhadap bekas isterinya itu yang didakwa telah mencemarkan nama baiknya di media sosial.

Dalam pada itu, Chot minta bekas isterinya itu berhenti bersikap seolah-olah mangsa keadaan kerana tegasnya mereka berdua mempunyai kesilapan masing-masing sehingga rumah tangga dibina berakhir dengan penceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahun-tahun perkahwinan tak bahagia, Chot mengaku kenal wanita lain sebelum cerai... Pelik tiba-tiba bekas isteri buat kecoh!

ARTIKEL BERKAITAN: "Semoga bahagia atas air mata orang lain" - Bekas isteri dedah pelawak Chot sudah kahwin kakak penyanyi, pesan jangan lupa anak

Chot juga memberitahu, tuduhan Azzah atau dikenali sebagai Jaja yang mengatakan dia enggan bersemuka dengan keluarganya untuk memohon maaf tidak benar.

"Saya bukan mahu menegakkan benang yang basah. Saya pun dah mengaku kesalahan saya. Kita masing-masing pun sebenarnya ada buat salah.

"Dia nak suruh saya meminta maaf kepada keluarganya. Dulu bukan saya tak ada datang nak minta maaf tapi dia juga yang halang untuk saya beritahu keluarga tentang perihal rumah tangga kami," jelasnya.

Kalau ikutkan reaksi dia (bekas isteri) dengan tidak menghiraukan segala surat peguam, saya merasakan seperti dia tidak mahu berdamai.

CHOT

PENYAMPAI RADIO

Sementara itu, Chot memberitahu dia sendiri buntu tentang apa sebenarnya yang dimahukan oleh bekas isteri daripadanya.

"Saya tidak tahu hala tujunya nak ke mana. Dia nak apa? Kalau kata nak bermaafan dulu kita dah cuba tapi dia sendiri yang halang.

"Dia pun pernah buat keluarga saya terguris, jadi dia pun kena datang untuk meminta maaf kepada keluarga saya," katanya.

chot1 - 1

Chot membuat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi fitnah.

Terdahulu, Azzah mendedahkan penyampai radio itu sudah mendirikan rumah tangga dengan kakak penyanyi Syura Badron iaitu Zurina Badron selain memberi bayangan perkahwinan mereka berakhir gara-gara orang ketiga.

Untuk rekod, Chot dan Azzah mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Sher Hayyaz yang kini berusia empat tahun.

Pada 23 Januari lalu, Chot mendirikan rumah tangga dengan Zurina yang berstatus janda anak tiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain