suria

Isu berat badan bukan punca tak jadi kahwin, bekas tunang perjelas Zarina Anjoulie hanya melawak minta kurus sampai 55 kilogram

Khazrul menjadi sasaran kecaman netizen berhibung isu berat badan Zarina.

SELEPAS mendedahkan ikatan pertunangan dengan Zarina Anjoulie sudah berakhir, usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey tampil menjelaskan isu berat badan pelakon berkenaan bukan punca mereka berpisah.

Kata Khazrul, dia tidak pernah meletakkan syarat kepada Zarina untuk menurunkan berat badan sehingga 55 kilogram sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Sebaliknya kata Khazrul, kenyataan dibuat Zarina berhubung perkara itu di media sosial sebelum ini hanyalah gurauan.

zarina 2

Zarina sebelum ini secara bergurau beritahu akan berkahwin jika berjaya turunkan berat badan.

"Saya tidak pernah kata enggan mengahwini Anju (Zarina) jika dia tidak turunkan berat badan kepada 55 kilogram. Dia hanya bergurau dan isu tersebut telah menjadi viral.

"Tidak sangka pula isu tersebut jadi besar. Anju juga ada minta maaf dan saya nasihatkan supaya dia tidak tulis perkara sebegitu," katanya.

Tambah Khazrul bekas tunangnya itu juga sudah memadamkan hantaran berkaitan perkara tersebut di laman sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Papa tak sebaik mama impikan” - Hubungan Zarina Anjoulie dan Khazrul Alzey berakhir, bekas tunang minta tempoh bertenang

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku tengah bahagia dengan Ubai, Shila Amzah dituduh perampas pula - “Saya tak akan mulakan atas kesengsaraan orang lain”

Susulan kenyataan Zarina itu, Khazrul berkata, ia turut memberi kesan apabila ramai mula mengecam dia kerana dikatakan tidak boleh menerima fizikal sebenar seorang wanita sehingga terpaksa mendesak mereka menguruskan badan.

Khazul bagaimanapun tetap dengan pendirian enggan mendedahkan punca ikatan pertunangan mereka terlerai dalam masa singkat meskipun sudah merancang untuk bernikah dalam masa terdekat.

"Saya bertanya kepadanya adakah di tidak rasa bersalah dengan kenyataan itu sampai netizen sumpah seranah bakal suami. Dia menyesal sebab isu berat badan ini.

zarina 1

Ikatan pertunangan Zarina dengan Khazrul tidak bertahan lama.

"Anju sudah padam di media sosial miliknya di depan mata saya. Cuma dia tidak dapat padam artikel yang telah viral di media.

"Saya tak boleh cakap apa-apa kerana saya tak nak orang salah anggap pada kami. Biar kami cuba selesaikan masalah ini," jelasnya.

Dalam satu perkongsian lain di laman TikTok, Khazrul menganggap hubungan mereka berakhir kerana dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina.

Pada 26 Januari lalu, Zarina mengumumkan telah mengikat tali pertunangan namun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis tersebut diadakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain