suria

[V] “Bukan tiga tapi talak satu” - Cat Farish kembali duda, konflik berpanjangan punca cerai 

PENYANYI dan komposer Cat Farish menyangkal dakwaan menceraikan isterinya, Suriani Hassan, 36 dengan talak tiga seperti didakwa wanita berkenaan sebelum ini.

Sebaliknya Cat atau Cat Farrish Zaquan, 48, mendedahkan dia dan Suriani sudah pun bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Senawang, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.

Jelas anggota kumpulan Ruffedge ini, masalah dalaman yang berpanjangan menjadi penceraian tersebut dan sebagai lelaki dia mengambil tanggungjawab tentang apa berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

"Sebenarnya hubungan kami ada beberapa masalah peribadi cuma apabila ia cerita itu bertukar tangan, ia jadi lain.

cat2 - 1

Cat dan Suriani bercerai talak satu.

"Bercerai memang cerai, tetapi talak satu sahaja bukan tiga. Saya pun tidak mahu buka aib sesiapa sebab penceraian itu pun bermulanya daripada lelaki.

"Masalah dalaman memang semua ada tetapi kami tidak dapat nak kawal. Hal ini ada kaitannya dengan anak-anak dan keluarga juga," katanya kepada mStar.

Cat berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Siri Jelajah Suria Anggun Collection yang diadakan di Glasshouse, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz cerai 3 kali terhadap isteri, Cat Farish serah mahkamah buat keputusan... "Mungkin berlaku tanpa niat"

ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk salah! Kurus pun salah... Cat Farish penat asyik ditanya tentang berat badan - "Dulu saya bernafas bunyi macam gajah"

Dalam pada itu, Cat berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya sudah berlarutan lama, namun sukar untuk dibawa berbincang kerana melibatkan emosi.

Malah, Cat juga mengakui tiada ruang untuk mereka berdamai kerana bekas isterinya sejak awal bertindak keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya.

"Apa yang boleh saya katakan, perkahwinan ini tidak sempurna, jadi jalan yang paling selamat adalah untuk kami berpisah. Nak berbincang pun tak dapat sebab awal-awal lagi dia dah keluar daripada rumah saya.

Bercerai tu tetap bercerai, tetapi talak satu sahaja bukan talak tiga.

CAT FARISH

PENYANYI

"Saya berdiam diri kerana saya tahu emosi orang ni tak boleh lawan dengan 'api'. Kalau saya sama-sama juga melagakan api tu, nanti akan jadi lebih teruk," ujarnya.

Bagaimanapun, selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, Cat mengakui selepas ini dia tidak lagi mahu terburu-buru dalam perhubungan.

Kata Cat, dia akan mendahulukan anak-anaknya dan meminta restu mereka sekiranya berhasrat mendirikan rumah tangga lagi.

cat1 - 1

Cat akui sudah tiada ruang untuk berbincang.

"Dua kali gagal dalam perkahwinan, apa yang saya belajar adalah untuk bercinta terlebih dahulu. Saya akui terlalu terburu-buru sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin.

"Anak-anak juga perlu merestui kerana itu yang paling penting. Dalam perhubungan ini sebenarnya anak adalah keutamaan kita. Kalau pasangan itu dapat menerima anak-anak saya dengan baik, Insya Allah saya okay sahaja.

"Saya tidak kata bekas isteri tidak dapat menerima anak-anak saya, tapi biasalah anak saya tiga orang. Masing-masing ada perangai sendiri," katanya.

cat1 - 1

Rumah tangga pasangan ini hanya bertahan dua tahun.

Terdahulu, Suriani mendakwa Cat menceraikannya sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab munasabah.

Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020 dan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli, namun bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 16, Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain