suria

Seorang lagi Alif didekati ‘penyondol’... berani mesej Aisyah Hijanah minta bermadu

Aisyah tidak sangka ada wanita berani mengakui suka pada suaminya.

KETIKA isu 'penyondol' rumah tangga hangat diperkatakan netizen, usahawan dan instafamous iaitu Aisyah Hijanah turut mendedahkan pengalaman sama apabila ada wanita cuba mendekati suaminya, Mohd Hazalif.

Cerita Aisyah, 24, wanita berkenaan bertindak berani menghantar emel kepadanya mengaku menyukai Alif dan sedia hidup bermadu.

Menerusi Instastory, Aisyah menegur individu berkenaan supaya menjaga batas dan tidak melakukan sesuatu perkara yang sia-sia.

aisyah 2

Emel yang diterima Aisyah daripada seorang wanita tidak dikenali.

"Saya hide semua details awak sebab tak nak orang tahu awak siapa. Cuma awak perlu tahu batas.

"Kalau lelaki dah tak nak, rasanya kita pun boleh faham sendiri," katanya.

Dalam paparan yang dimuat naik oleh Aisyah itu, wanita tersebut turut memberitahu dia berada di Makkah ketika mereka sedang menunaikan umrah sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Darah haid keluar 2 bulan tanpa henti, ‘Instafamous’ Aisyah Hijanah derita akibat sihir

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi pelik kena ‘serang’ isu curang, rupanya ada sebab padam foto isteri di IG

Malah, wanita itu memberitahu dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Alif dan hanya mampu melihat dari jauh kebahagiaan mereka.

Menerusi satu hantaran yang lain, Aisyah turut menasihati kaum wanita supaya mempunyai sumber pendapatan sendiri agar boleh meneruskan hidup jika rumah tangga diganggu orang ketiga.

"Kita kena ada duit atau pandai cari duit supaya kalau lelaki kena sondol kita masih boleh boleh teruskan hidup, upah peguam untuk beri pengajaran kepada penyondol dan sara anak-anak.

Kalau lelaki dah tak nak, rasanya kita pun boleh faham sendiri

AISYAH NAJIHAH

USAHAWAN/INSTAFAMOUS

"Kita sendiri boleh memilih nak cari suami orang atau lelaki bujang. kalau tindakan kita akan rosakkan rumah tangga orang, lebih baik hentikan," ujar.

Sementara itu, Alif pula memberitahu dia diserang dengan pelbagai komen dan mesej yang menasihati supaya tidak berlaku curang terhadap isterinya.

Enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Alif berkata gambar profilnya bersama keluarga di media sosial sudah cukup menjadi bukti mereka kini masih bahagia.

aisyah 4

Aisyah dan Alif bahagia bersama dua orang anak mereka.

"Sabar semua, yang buat hal bukan saya. Itu orang lain. Jangan DM saya tanya fasal perempuan itu. Cukup tukar profile picture untuk bagi mesej saya sudah kahwin," jelasnya.

Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, 2, dan Muhammad Hassan Syarif yang kini berusia empat bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain