suria

“Kami ada 3 menantu hebat, cukuplah...” - Ibu Syamsul Yusof puji menantu, senarai nama termasuk Puteri Sarah

Datin Patimah bangga ada menantu hebat, Puteri Sarah Liyana juga tersenarai.

PERKONGSIAN ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa bangga memiliki menantu yang hebat.

Menerusi ruangan Instastory, Patimah menyenaraikan nama ketiga-tiga wanita yang merupakan menantu yang disayanginya.

"Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat, cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah Ustaz Zainal," katanya.

66281762_2897553037135525_3511537944878087720_n

Datin Patimah bangga ada tiga menantu hebat.

Pun begitu, nama Ira Kazar yang merupakan isteri kedua kepada Syamsul tidak ditulis dalam perkongsian berkenaan.

Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam ini pernah menegaskan bahawa bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi bukanlah besannya.

"Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia," katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar dikatakan sedang hamil, Yusof Haslam enggan komen... Pilih kunci mulut konflik Syamsul kahwin dua

ARTIKEL BERKAITAN: “Besan kami bukan dia” - Ibu Syamsul Yusof tak ada kaitan dengan Kazar, menantu hanya Puteri Sarah

Pada 5 Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni apabila dia mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand.

Selepas kisah tersebut hangat di perkatakan, Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana saling berbalas komen di media sosial namun dilihat masih belum bertemu jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka.

Rentetan itu, pada 15 Januari, Puteri Sarah bertindak memfailkan perceraian secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain