suria

Hafidz Roshdi pelik kena ‘serang’ isu curang, rupanya ada sebab padam foto isteri di IG

Hafidz Roshdi dan isteri masih lagi bahagia.

SUSULAN dikaitkan dengan isu curang, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya membuka mulut menjawab pelbagai spekulasi dan dakwaan mengenai rumah tangganya, baru-baru ini.

Menurut Hafidz, 29, dia tidak pasti dari mana datang khabar angin tersebut kerana dia dan isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Saya tak tahu nak cakap apa, isu itu tiba-tiba datang menyerang dan saya rasa tidak perlu nak komen apa-apa.

hafidz roshdi 3

Hafidz Roshdi dan isteri tak melatah isu curang.

"Saya dan isteri masih bahagia dan menjalani hidup seperti biasa," katanya kepada mStar.

Sebelum ini nama Hafidz menjadi bualan netizen selepas timbul gosip mendakwa dia berlaku curang dengan wanita lain dan memadam gambar bersama isterinya di media sosial.

Menjelaskan mengenai hal tersebut, Hafidz berkata dia lebih selesa untuk tidak memuat naik kehidupan keluarga di media sosial dan menjadikan platform tersebut untuk tujuan kerja sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip curang fitnah, Hafidz Roshdi muat naik foto berpeluk dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi kena serang netizen, dituduh artis lelaki berwatak ‘alim’ curangi isteri

Dia juga menafikan dakwaan kononnya gambar terbaharu bersama isteri yang dimuat naik adalah foto lama.

"Saya gunakan IG untuk kejaya saya. Saya tak post foto isteri saya kerana privacy dan isteri hanya untuk tatapan saya.

"Saya muat naik gambar terbaharu untuk menjawab fitnah orang ramai tapi ada juga yang cakap bukan-bukan... terpulanglah saya dah tak boleh nak buat apa-apa dah, itu sahaja cara saya untuk jelaskan keadaan sebenar," katanya lagi.

Isteri saya okay sahaja dan kami hidup seperti biasa, saya juga masih berkerja seperti biasa. Tiada pun rasa tertekan.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

Sementara itu, Hafidz memberitahu dia dan isteri juga tidak terkesan atau tertekan apabila diasak dengan isu panas sebegini.

Malah sebagai seorang ketua keluarga dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk berdepan dengan dakwaan tidak berasas seperti diperkatakan.

"Isteri saya okay sahaja dan kami hidup seperti biasa, saya juga masih berkerja seperti biasa. Tiada pun rasa tertekan.

Hafidz guna Instagram untuk kongsi perkembangan kejaya.

"Dalam hal ini biarlah saya uruskan dan pesan kepada isteri biarlah dia berdiam," ujarnya.

Untuk rekod, Hafidz dan isteri berkahwin pada 30 April 2016 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain