suria

Teman wanita mengaku silap, padam video cumbu Ameerul Asyraf dalam kelab malam - “Kita perempuan emosi tak stabil”

Teman wanita Eyra mengakui kesilapan terlalu emosi.

TEMAN wanita pelakon Ameerul Asyraf Mohammad iaitu Eyra Zirah mengaku silap apabila bertindak memuat naik video aksi sumbang kekasihnya itu dengan seorang wanita yang sedang bercumbu di sebuah kelab malam di TikTok miliknya.

Eyra, 23, berkata, tindakannya itu terlalu mengikut emosi selepas berasa berang apabila menerima salinan video berkenaan daripada individu tidak dikenali menerusi Telegram.

Kata Eyra, tanpa bertanya lanjut kepada Ameerul, dia terus memuat naik video berkenaan di TikTok dan tidak menyangka ia tular di media sosial.

eyra11 - 1

Eyra akan memadam video tular itu di media sosial.

"Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tidak tahu pun video itu video lama ke apa. Kitakan perempuan, bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil.

"Selepas saya menghantar video itu kepadanya, saya terus menyekatnya di WhatsApp. Saya rasa dia pun ada menghubungi keluarga saya, tetapi saya tidak mahu melayan kerana mahu diberikan masa," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ia kisah silam saya, kenapa selepas 4 tahun nak sebarkan video itu?" - Ameerul Asyraf

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi pelik kena ‘serang’ isu curang, rupanya ada sebab padam foto isteri di IG

Dalam pada itu, Eyra berkata, dia akan memadam video tersebut daripada akaun media sosialnya kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.

"Memang saya akan padam video itu kerana keluarga saya tidak pernah ajar kalau orang buat salah, kita buat balik kepadanya.

Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tidak tahu pun video itu video lama ke apa. Bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil.

EYRA ZIRAH

"Waktu itu saya memang marah dan tidak boleh berfikiran waras. Saya mengaku memang salah saya terus viralkan video tersebut.

"Saya memang akan padam video itu, beri saya sedikit masa untuk bertenang," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai soal bertunang yang disangkal Ameerul, Eyra enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pelakon drama Leftenan Zana itu.

eyra111 - 1

Ameerul mengakui video tersebut adalah masa silamnya.

"Biasalah artis, kan... kalau dia cakap macam itu mungkin sebab dia mahu menjaga privasi dan tidak mahu menjaga kariernya.

"Tapi kalau dia dah cakap macam itu, dia tak ada rasa nak bertunang ke apa, terpulang kepadanya," katanya.

Terdahulu, Ameerul menerusi kenyataan kepada mStar mengakui lelaki di dalam video berkenaan adalah dirinya namun menjelaskan rakaman tersebut merupakan video lama iaitu sekitar 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain