suria

Puteri Sarah nekad fail cerai, muncul di mahkamah Isnin ini

Sarah nekad mahu failkan penceraian.

KONFLIK rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof nampaknya bakal berakhir dengan penceraian.

Menurut Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dia bakal menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.

Kata Sarah, sepatutnya penceraian itu difailkan pada Khamis, namun terpaksa ditangguhkan kerana dia sedang menjalani penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan.

ss1 - 1

Sarah berpegang teguh dengan pendiriannya.

"Saya akan ke Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur Isnin ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Selasa lalu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul 'melepaskannya' kerana tidak rela dimadukan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia masih sayang suami"... Rupanya Puteri Sarah pernah hubungi Ustazah Asma' Harun minta nasihat isu rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak rela bermadu, minta Syamsul lepaskan... "Awak masih block saya dan tak ajak bincang"

Sarah bagaimanapun berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan penceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Syamsul kemudiannya membuat kenyataan meminta isterinya untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Saya akan ke Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur Isnin ini.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan bahawa dia telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain