suria

Kes tuntutan hutang RM720,000, Mawar Karim berjaya ketepi penghakiman ingkar

Mawar sebelum ini dituntut membayar hutang berjumlah RM720,000.

SUSULAN dakwaan gagal membayar hutang berjumlah RM720,000 sebelum ini, usahawan Mawar Karim berjaya dalam permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar diperoleh ahli perniagaan Nabil Mat Jahya supaya wanita itu membayar balik pinjaman.

Peguam kepada Mawar iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut selepas prosiding berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Effandi Nazila Abdullah secara dalam talian.

"Lanjutan daripada keputusan itu, Mawar akan memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas terhadap pihak yang dinamakan dalam kes ini dalam masa 14 hari bermula hari ini," kata seperti yang dipetik dari laporan Metro.

WhatsApp Image 2022-07-29 at 6.21.32 PM

Mawar bersama pasukan peguam dalam sidang media sebelum ini.

Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi terganggu, Mawar bimbang keselamatan anak gara-gara tuduhan lari bayar hutang

Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan.

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

Dalam satu sesi sidang media yang dibuat pada April lalu, peguam Mawar menjelaskan pihak mereka akan membuat permohonan mengetepikan dan melanjutkan perintah penghakiman ingkar seperti yang telah dikeluarkan.

"Mawar tidak jelas dengan tuntutan yang dibuat kerana dia menerima makluman dari kenyataan media plaintif dan bukan dari mahkamah.

"Kami akan buat permohonan untuk mengetepikan perintah ingkar dan penangguhan perintah tersebut seperti yang telah dikeluarkan oleh mahkamah," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain