suria

Ludah bekas pembantu peribadi, Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah di mahkamah

Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Taiping pada Rabu.

PELAKON veteran, Mak Wan Latah membuat kejutan apabila tampil di Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada Khamis atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita bulan lalu.

Mak Wan Latah atau Halimatussa'adiah Mohd Daud, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu menurut laporan Harian Metro.

Mak Wan Latah didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, Perak kira-kira pukul 7 malam pada 24 Jun lalu.

mak wan latah11

Mak Wan Latah hadir ke mahkamah pada Rabu.

Pertuduhan itu dibacakan dihadapan Majistret, Nur'Atiqah Sapari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah jawab tuduhan panas baran, anggap bekas pengurus peribadi otak tak betul

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang sabar selepas kena ludah, pembantu peribadi mengaku pukul Mak Wan Latah... Duit jadi punca utama!

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan jumlah jaminan RM5,000 terhadap tertuduh.

mak wam

Pertikaian antara Nurul Amalina dan Mak Wan Latah menyebabkan heboh lebih-lebih lagi dikatakan terkait dengan aktiviti kegiatan syirik.

Bagaimanapun Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 selepas peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK) mewakili tertuduh, T Selvadoray meminta mahkamah mengambil kira pendapatan tertuduh yang tidak menentu termasuk merupakan seorang ibu tunggal kepada empat orang anak.

Majistret menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Terdahulu Nurul Amalina yang merupakan bekas pembantu dikatakan pernah memukul dan menumbuknya dan difahamkan kejadian itu disebabkan kehilangan wang.

Selain itu, Nurul Amalina turut mendakwa Mak Wan Latah mengamalkan ilmu syirik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain