suria

Idris Khan tak gentar, sedia jumpa A. Aida di mahkamah... Anggap dakwaan langgar kontrak satu fitnah

Meskipun terkejut dengan tindakan saman, Idris Khan akan mempertahankan diri.

SELEPAS 24 jam didakwa bertindak tidak profesional dengan menarik diri pada saat akhir bagi membintangi sebuah drama, pelakon Idris Khan akhirnya tampil membela diri.

Menurut Idris, 34, beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi sidang media yang diadakan oleh penerbit, Datuk A. Aida pada petang Jumaat adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.

"Merujuk kepada perkembangan semasa, saya merasa terkejut dan hairan namun begitu adalah wajar bagi saya membuat kenyataan.

1635007

Penerbit A. Aida (tengah) bersama peguam, Ashmadi Othman (kiri) dan pengarah drama Riza Baharudin.

"Atas nasihat peguam, prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan," katanya.

Idris berkata demikian menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di Instagramnya pada Sabtu malam.

Pada petang Jumaat, A. Aida memberitahu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan seorang lagi pelakon Amelia Henderson selepas didakwa menarik diri pada saat akhir daripada membintangi drama Sekali Lagi Cinta tanpa sebarang sebab munasabah terbitan syarikatnya, A. Aida Production (AAP).

Saya tidak akan berdiam diri menghadapi sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsip saya dalam hidup.

IDRIS KHAN

PELAKON

A. Aida dalam sidang media itu menjelaskan terpaksa meneruskan tindakan saman kerana kecewa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon itu sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

Sementara itu, Idris dalam kenyataan sama memberitahu akan menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk ancaman dan buli dalam masyarakat termasuk dalam industri ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] A. Aida anggap Idris Khan dulu berlakon 'kayu' dan Amelia Henderson tak kenang budi bakal terima habuan disaman

Dakwanya, terdapat segelintir pihak yang menggunakan kedudukan dan kuasa dengan memeras ugut agar mengikut rentak mereka atau menanggung akibatnya.

file71rhc52hthxrp4238vh

Idris tidak akan berdiam diri.

"Saya akan melawan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan ini hingga ke akhirnya.

"Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa rezeki datang daripada Allah dan bukan datang daripada tangan bernama manusia.

"Saya tidak akan berdiam diri menghadapi sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsip saya dalam hidup," ujarnya.

Tambah Idris pihak yang pernah bekerjasama dan mengenalinya sepanjang terlibat dalam industri lakonan boleh mengesahkan komitmen dan etika kerjanya yang tidak boleh dipertikaikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir