suria

“Kami berpendapat ada pembelaan yang baik” - Peguam dua defendan kes saman fitnah Siti Nordiana kaji fakta kes, tak tolak idea selesai luar mahkamah

Lima sahabat sudah mempunyai peguam bagi menjawab tuntutan yang dibuat Siti Nordiana.

PASUKAN pembelaan bagi kes saman fitnah yang difailkan penyanyi Siti Nordiana berpendapat pihaknya mampu mengemukakan pernyataan pembelaan yang baik berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua defendan iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G, masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas lanjut tentang hal berkenaan.

"Memandangkan kita pun belum terima apa-apa arahan daripada mahkamah, jadi terlalu awal untuk buat sebarang spekulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Syura, Lan Solo dan isteri mahu bincang selesai luar mahkamah kes saman Siti Nordiana, dua lagi defendan masih belum diwakili peguam

"Namun kami berpendapat ada pembelaan yang baik... cuma masih perlu dikaji.

"Kita memang menggalakkan penyelesaian tapi dalam masa sama masih perlu menilai beberapa aspek lain terlebih dahulu," ujarnya.

nana 1

Siti Nordiana menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada lima sekawan ini.

Tambah Nurul Hafidzah daripada Tetuan Nurul Hafidzah and Associates, pihaknya sudah mengemukakan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.

Justeru katanya, tiada isu anak guamnya lambat menyerahkan memorandum kehadiran melebihi tarikh akhir yang ditetapkan kerana mereka mempunyai masa dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut pada 4 Ogos lalu.

Tiada isu mengenai hal itu kerana memorandum kehadiran telah diserahkan sebelum 18 Ogos

NURUL HAFIDZAH HASSAN

PEGUAM

"Tiada isu mengenai hal itu kerana memorandum kehadiran telah diserahkan sebelum 18 Ogos.

"Berbeza dengan tiga lagi sahabat mereka yang menerima notis pada 3 Ogos, Sam dan Aida pula menerima notis itu pada 4 Ogos," katanya kepada mStar.

nurul hafidzah lawyer

Nurul Hafidzah (kiri) mewakili Sam Samin dan Aida G, manakala Alan Razak pula mewakili Syura, Lan Solo serta isteri.

Sebelum ini mStar melaporkan tiga lagi defendan bagi kes sama iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim diwakili peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak.

Menurut Muhammad Hafiz, kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mengadakan mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

Untuk rekod kelima-lima defendan terbabit dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

Selain itu, Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain