suria

[VIDEO] “Sebagai perempuan tentu rasa terhina” - 4 jam Rozita Che Wan beri keterangan kepada polis kes dakwaan fitnah Diva AA

SUSULAN laporan berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap pengacara Azwan Ali, aktres Rozita Che Wan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bersama suami Zain Saidin dan pengurusnya Afeeq Abdul Wahab memasuki IPD kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum beredar sekitar pukul 4 petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Diva AA nak heret pelakon wanita naik mahkamah gara-gara didakwa makan rasuah

Rozita, 49, ketika ditemui di luar perkarangan IPD memberitahu dia hadir hanya untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporan yang dibuat Azwan atau Diva AA pada 13 Ogos lalu.

che ta 2

Che Ta bersama suaminya Zain Saidin tampil memberi keterangan.

“Saya datang hari ini untuk bagi statement berkaitan laporan yang dibuat oleh Azwan Ali.

“Saya tidak ada buat laporan (polis) hanya bagi keterangan. Saya datang bersama suami dan pengurus sebab kami yang terlibat.

“Tapi keterangan dari segi apa saya tak boleh nak beritahu” ujar Rozita kepada mStar pada Selasa.

Berkongsi lanjut tentang permulaan kemelut antara mereka, Rozita mengakui dia membalas hinaan yang dilemparkan Azwan di Instagram berikutan terlalu marah.

Saya jawab status dia sebab dia menghina saya.

CHE TA

PELAKON

Namun dia memadam status di Instagram itu selepas sejam dimuat naik bagi mengelakkan keadaan menjadi keruh.

“Saya jawab status dia sebab dia menghina saya. Sebagai perempuan of course la rasa terhina dengan perkataan yang dia gunakan melampau dan memalukan.

“Lepas sejam saya post, saya delete balik sebab saya tengah marah time tu. lepas itu saya fikir balik saya taknak bergaduh," katanya.

Azwan

Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita dengan mendakwa aktres berkenaan memfitnahnya apabila menuduh dia mengambil rasuah.

Sebelum itu Azwan terlebih dahulu berkongsi foto Rozita ketika mengambil suntikan vaksin dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan.

Menerusi laporan i pada 10 Ogos lalu, Azwan bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitnahnya.

Ujar Diva AA, dia bertindak mengemukakan saman tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain