suria

Isu buat video di kubur Siti Sarah, Sharnaaz Ahmad yakin Aisar Khaled tak serik - “Sia-sia nasihat... sampai masa mereka akan ada otak”

Sharnaaz memberi pesanan kepada Aisar menerusi Instastory miliknya.

TINDAKAN influencer Aisar Khaled yang memuat naik video melawat kubur penyanyi Siti Sarah hanya selepas beberapa jam Allahyarham dikebumikan turut tidak disenangi pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut Sharnaaz, dia sudah memberi pesanan kepada individu tersebut di laman sosial namun tiada nasihat yang perlu diberikan kerana beranggapan ia sesuatu yang sia-sia sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaledd menyesal mandi guna ‘babi air’, tak fikir orang susah - “Rasa bersalah gila! Saya sedar buat salah”

Menganggap individu tersebut masih muda, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui dia juga pernah melalui zaman itu.

Sharnaaz 2

Sharnaaz akui ramai orang kecam dirinya terutama orang muda.

"Saya ada memberi teguran kepada orang itu di IG. Tiada nasihat yang boleh diberikan. Bagi saya, nasihat yang sia-sia... sebab esok lusa nanti buat lagi lepas itu minta maaf.

"Ramai saja orang hentam saya di media sosial terutama orang muda. Jadi biarkan... mereka pun masih muda. Enjoy la nak buat apa pun, buat la, janji gembira.

"Sampai masa, mereka pun akan ada otak juga. Mungkin sekarang apabila muda, sel otak banyak bersambung ke lutut... sama juga la ketika saya masih muda," katanya kepada mStar.

Selagi tak buat benda yang melampaui batas... abaikan.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi Instastory pada Rabu menitipkan pesanan kepada Aisar agar menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Pada Rabu, Aisar tampil memohon maaf menerusi Instagram selepas dikecam netizen gara-gara berkongsi video melawat kubur arwah Siti Sarah untuk mengaut tontonan di saluran YouTubu.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini memberitahu dia tidak boleh memaksa golongan muda untuk berfikiran matang namun mereka akan menyedari kesilapan yang dilakukan apabila usia sudah meningkat.

"Masa kita muda dulu pun tak boleh berfikir sangat. Hanya sebab kita dah ada kesedaran sebab dah berusia. Kita tak boleh paksa orang muda, darah muda ini berfikiran matang.

Sharnaaz 1

Sharnaaz mendoakan agar Shuib terus kuat.

"Selagi tak buat benda yang melampaui batas... abaikan. Masa mereka akan tiba nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz yang juga rakan baik suami kepada arwah Siti Sarah iaitu Shuib berharap pelawak itu akan terus kuat untuk menjaga anak-anak.

"Saya mempunyai seorang anak manakala Shuib pula ada empat orang anak. Walaupun kami sama-sama bapa tunggal sekarang tapi berbeza kategori.

"Paling penting jangan lupa... kehidupan mesti diteruskan. Anak-anak masih memerlukan seorang bapa," katanya.

Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan