suria

Adik kesal pelakon wanita masuk campur kematian Benjy, kalau Azean Irdawaty masih ada, dah lama dia kena tampar

Adik Allahyarham Benjy, Elza berkongsi mesej yang diterima di Instagram.

BELUM sampai seminggu Allahyarham pelakon Benjy meninggal dunia, timbul pula cerita kurang senang apabila ahli keluarga dituduh tidak bertanggungjawab terhadap arwah sepanjang ditahan di penjara di Medan, Indonesia.

Tidak semena-mena adik Allahyarham, Elza Irdalynna, 34, menerima mesej peribadi di Instagram dipercayai kiriman daripada pelakon wanita yang menuduh mereka mengabaikan kebajikan Benjy.

ARTIKEL BERKAITAN: Benjy anak Azean Irdawaty meninggal dunia di Hospital Medan Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Benjy derita asma kronik dan masalah paru-paru... keluar masuk hospital sejak beberapa tahun - “Kami izin jasad dikebumikan di Medan”

Kesal dengan tuduhan tidak berasas itu, Elza berkata pelakon itu tiada hak untuk bersuara tentang isu kebajikan dan terhadap arwah kerana dia bukanlah individu yang rapat dengan mereka sekeluarga.

"Kalau mak saya (Allahyarham Azean Irdawaty) masih hidup mungkin dia dah tampar pelakon itu. How can you leave message macam itu, kau siapa! Kalau nak kata dia rapat, sepanjang arwah mak dan abang sakit tak pernah pun kami nampak batang hidung dia.

elza

Paparan skrin yang dimuat naik adik Benjy Innessa Irdayanty.

"Dia silap orang nak kacau... dia DM pada adik saya dan dalam mesej itu dia mention nama saya. Kalau dia ada masalah dengan saya, come to me. Takkan saya nak cerita apa yang saya dah buat untuk arwah abang.

"Saya tak kisah kalau dia kacau saya seorang, tapi ini dia dah kacau adik saya sekali. Tidak patut dia hantar mesej macam tu ketika kami sekeluarga tengah bersedih, " katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, adik Elza iaitu Inessa Irdayanty, 31, memuat naik paparan skrin mesej panjang lebar yang dipercayai daripada akaun Instagram milik seorang pelakon wanita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi DM tersebut, antara lain pelakon itu mendakwa adik-adik Benjy tidak pernah mengambil berat tentang arwah sepanjang berada di Medan, Indonesia.

Tidak patut dia hantar mesej macam tu ketika kami sekeluarga tengah bersedih

ELZA ERDALYNNA

ADIK BENJY

"How can you say you love your brother yet he had to seek others help for medical bills?

"Pakaian arwah tak tukar untuk dua tahun dan you kata you both sayang dia?

"Hati jenis apa you orang miliki dengan membiarkan seorang abang sakit dalam penjara, " tulis pelakon itu.

Hingga kini mStar masih berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada aktres berkenaan berhubung kenyataan dan paparan skrin yang dikongsikan adik arwah Benjy itu.

e0fd5a8e-0818-42c9-adad-37b38394d8dd
Proses pengebumian arwah Benjy di Medan, Indonesia pada Isnin.

Sementara itu menceritakan hal sebenar, Elza berkata, dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan bagi menghulurkan bantuan kewangan pada arwah abangnya.

"Persatuan Seniman pun tahu setiap bulan paling minimum saya akan beri bantuan kewangan sebanyak RM500 pada Benjy, kalau dia kena masuk hospital memang saya akan beri lebih.

"Takkan saya nak tunjuk bank statement saya pada dia (pelakon berkenaan) atau pihak media? Lepas itu, saya ada nasihatkan Benjy untuk tunjuk bil hospital sekiranya ada kawan-kawan dia membantu supaya saya tak nak mereka fikir abang saya menipu.

"Kalau dia rapat dengan abang saya, pasti Benjy pun dah reach out kepada dia untuk minta bantuan. Tak payah tunggu abang saya dah meninggal baharu cakap how I wish Benjy reach to her (untuk minta bantuan), " katanya lagi.

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi, Ahad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak