suria

Norish Karman mengaku hantar mesej kepada adik Benjy, persoal kebajikan arwah - “Kalau rasa soalan saya mengarut... boleh abaikan”

Norish mempersoalkan kebajikan arwah Benjy yang meninggal dunia pada Ahad.

TANPA perlu berselindung atau berdolak-dalik, pelakon Norish Karman mengakui dia adalah individu yang menghubungi adik Allahyarham Benjy bagi mendapatkan kepastian berhubung kebajikan arwah ketika hayatnya.

Mengakui tulisan dan pertanyaannya agak kasar, Norish atau nama sebenarnya Nor'Ashikin Karman bagaimanapun berkata dia berhak bertanya untuk mendapatkan kepastian.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kesal pelakon wanita masuk campur kematian Benjy, kalau Azean Irdawaty masih ada, dah lama dia kena tampar

Namun Norish juga berpendapat adik arwah iaitu Elza Irdalynna boleh mengabaikan soalannya sekiranya berasakan ia tidak masuk akal.

"Saya akui beremosi dan ayat-ayat dalam mesej itu agak kasar tetapi saya percaya soalan itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal... mesej itu melalui DM (mesej langsung) bukan secara umum.

NK 1

Adik arwah Benjy berkongsi paparan skrin mesej daripada Norish Karman.

"Bukan untuk diviralkan... hanya bertanya saja. Paling penting untuk saya tekankan... soalan saya kepada adik arwah Benjy tersebut adalah secara peribadi. Saya tak tanya dia depan orang satu dunia.

"Kalau dia rasa soalan saya itu mengarut dan tidak masuk akal, dia boleh abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu tentang soalan tersebut, " kata Norish ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Pelakon drama popular Spa Q ini diminta mengulas mengenai perkongsian Elza Irdalynna di Instagram yang memaparkan mesej daripada seorang pelakon wanita yang menuduh mereka mengabaikan kebajikan Benjy.

Kesal dengan tuduhan tidak berasas itu, Elza berkata pelakon itu tiada hak untuk bersuara tentang isu kebajikan dan terhadap arwah kerana dia bukanlah individu yang rapat dengan mereka sekeluarga.

NK 2

Jenazah arwah Benjy selamat dikebumikan pada Isnin.

Dalam pada itu, Norish memberitahu dia mengetahui mengenai kesusahan arwah semasa di penjara menerusi artikel di sebuah akhbar tempatan.

"Saya ada baca kesusahan arwah Benjy semasa di penjara menerusi sebuah akhbar tempatan yang melaporkan pakaian arwah sudah dua tahun tidak berganti.

"Menurut laporan akhbar itu juga, arwah terpaksa meminjam wang daripada banduan lain dan rakan artis yang memberitahu pernah meminjamkan wang kepada arwah.

"Jadi apa yang terlintas di fikiran saya, adakah arwah Benjy tidak mempunyai ahli keluarga untuk memastikan kebajikan arwah terjaga?" soalnya.

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi, Ahad.

Mungkin tonasi ayat saya dalam soalan tersebut agak kasar.

NORISH KARMAN

PELAKON

Sementara itu, Norish memberitahu dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen gara-gara perkongsian Elza di laman sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekalipun soalan yang ditanya benar atau tidak dia bantu darah dagingnya, beranikan diri untuk menjawab secara DM, bukan kongsi secara umum di dalam instagram menagih simpati followers sendiri.

"Sebaliknya jika tidak benar, mengapa takut untuk membalas? Berani kerana benar takut kerana salah. Saya tak pasti tujuan dia menyebarkan soalan saya tersebut.

"Tapi penyebaran tersebut telah mengumpul ramai netizen yang menghentam saya kiri, kanan, atas, bawah dan tengah. Daripada orang tak tahu, kini beratus ribu dah tahu, " ujarnya.

Norish

Norish mengakui penulisannya dalam mesej tersebut dilihat kasar.

Norish bagaimanapun memohon maaf sekiranya pertanyaannya mesej tersebut dihantar pada masa yang tidak sesuai.

"Saya akui mungkin ada kekhilafan daripada pihak saya sendiri. Mungkin tonasi ayat saya dalam soalan tersebut agak kasar.

"Mungkin soalan yang saya ajukan tidak kena pada masanya iaitu di saat mereka masih meratapi pemergian ahli keluarga, " katanya.

Untuk rekod, Norish merupakan ibu tunggal yang mempunyai lapan cahaya mata termasuk empat orang anak angkat asnaf yang dijaga sejak Mei tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain