Akaun IG sebar fitnah Fizz Fairuz ditangkap khalwat buat permohonan maaf - Sensasi | mStar

Akaun IG sebar fitnah Fizz Fairuz ditangkap khalwat buat permohonan maaf

Akaun IG tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fizz Fairuz.

SEBUAH akaun instagram yang menyebarkan berita panas dan gosip aktis iitu Makcik Puaka tampil membuat permohanan maaf secara terbuka selepas menyebarkan berita berunsur fitnah terhadap pelakon Datuk Fizz Fairuz dan isteri, Datin Almy Nadia.

Menerusi sebuat posting akaun tersebut mengenai seorang individu bergelar Datuk Seri dicekup khalwat tidak ada menyebut nama pelakon berkenaan, namun akaun tersebut seakan memberi gambaran individu berkenaan merupkan Fizz Fairuz.

Pihak akaun tersebut mengakui telah membuat andaian tersebut selepas menerima mesej di Instagram daripada pengikutnya yang berada di Terangganu ketika kejadian itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih baik bunuh saja suami saya” – Almy Nadia nafi Fizz Fairuz ditangkap khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: “Netizen sekarang ni dah gila” - Almy Nadia tak tahu Fizz Fairuz nak saman siapa


Akaun IG tersebut membuat permohonan maaf selepas menyebarkan berita berunsur fitnah terhadap Fizz.

"Assalammulaikum, kami bagi pihak pengendali akaun instagram @makcik_puaka ingin membuat permohanan maaf terbuka kepada pihak Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia diatas penyebaran posting di instastory MakcikPuaka yang memberi gambaran bahawa berita 'Datuk Seri dicekup berkhalwat' seperti tersiar di Harian Metro 6 April adalah Datuk Fizz.

"Walaupun posting instastory tersebut tidak menyebut nama Fizz Fairuz tetapi ia mungkin memberi impak kepada Tuan apabila nama Datuk Fizz Fairuz dikaitkan.

"Sebelum posting dibuat kami menerima dm dari pengikut yang memberitahu bahawa lelaki itu mungkin Datuk Fizz Fairuz kerana beliau ketika itu memang berada di Terengganu, lalu kami membuat posting andaian tersebut," katanya.

Pengendali akaun tersebut telah mengeluarkan kenyataan permohanan maaf di laman Instastory selepas Fizz memberi amaran dan ingin mengambil tindakan saman terhadapnya.

Sebelum ini, Fizz, 40, kesal dengan fitnah tidak berasas disebarkan selepas seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian, baru-baru ini.

Almy turut terkejut dengan penyebaran fitnah terhadap suaminya.

Disebabkan perkara tersebut, Fizz memberi tempoh satu minggu kepada pihak yang menabur fitnah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, akaun IG tersebut juga memberitahu mereka tiada kuasa untuk menghalang persepsi orang luar mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, pihak mereka mengakui penyebaran itu telah menjejaskan reputasi pelakon tersebut dan akan lebih berhati-hati memuat naik sesuatu selepas ini.

"Walau bagaimanapun persepsi orang ramai diluar page ini adalah diluar kuasa kami. Kami tahu impak posting itu mungkin menjejaskan reputasi Datuk dan kami ingin memohon maaf sekali lagi.

"Kami menyesal dan belajar dari kesilapan, berjanji akan lebih berhati-hati terhadap setiap posting akan datang," ujarnya.

Fizz Fairuz , Almy Nadia , Fitnah

Artikel Berikut

Artikel Lain