Bella Astillah jadi tempat mengadu wanita hadapi masalah suami curang - Sensasi | mStar

Bella Astillah jadi tempat mengadu wanita hadapi masalah suami curang

Bella sering dihujani mesej peribadi daripada wanita mengenai perihal rumah tangga.

ISTERI Aliff Aziz, Bella Astillah mendedahkan dia sering menerima mesej peribadi daripada wanita yang meminta nasihat ketika berdepan masalah rumah tangga seperti yang dialaminya melalui Instagram.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, berkata mesej perkongsian masalah keluarga yang dihadapi pengikutnya itu benar-benarnya membuatkan dia terharu.

"Saya selalu sangat terima DM (direct message) macam ni. Masyallah saya tersentuh sangat dengan cerita-cerita mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kesal apa yang terjadi, saya berasa sangat bersalah terhadapnya” - Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah 3 video bukti Aliff curang hanya kepada keluarga, Bella maafkan pihak terlibat

"Saya faham sangat macam mana mereka rasa," katanya.

Bella berkongsi mengenai perkara itu di Instastory miliknya pada Rabu.

Bella memuat naik paparan skin mesej peribadi daripada beberapa wanita yang berkongsi nasib dengannya.

Kebanyakan mesej yang diterima Bella menyatakan rasa kagum dengan ketabahannya selama ini berdepan kemelut rumah tangga.

"Minta maaf memang saya tak mampu untuk reply semua tapi saya baca mesej anda.

"Jadi saya nak bagi cadangan untuk join seminar, sebab saya pun sertai.

"InsyAllah boleh bagi kekuatan pada kita semua," ujarnya.

Bella sebelum ini berdepan kemelut rumah tangga apabila suaminya, Aliff Aziz kantoi bermain cinta dengan aktres Afifah Nasir.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu kemudiannya sekali lagi didakwa berlaku curang dengan pelakon baharu, Oktavia Manrose.

Bella Astillah , Aliff Aziz

Artikel Lain

'Messi Jepun' sertai Real Madrid