"Mungkin mereka hanya gertak" - Kak KM kata kempen boikot tak ada kesan

USAHAWAN kosmetik, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyedari ada gerakan dan kempen memboikot produknya disebabkan kontroversi tarian separuh bogel ketika majlis perkahwinan adiknya, Ahya Rosli, Sabtu lalu.

Liana bagaimanapun berharap perkara itu tidak berlarutan kerana apa yang berlaku di luar kawalan dan tidak menyangka kontroversi berkenaan menjadi isu hangat netizen.

"Gara-gara tarian penari separuh bogel itu, ada yang nak lancarkan boikot terhadap produk jamu saya, tapi macam tak ada apa-apa pun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Paperdoll itu sepatutnya menari tarian tradisional” - Normah Damanhuri mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Persembahan itu hanya hiburan” – Ahya dikecam saji tarian separuh bogel di majlis resepsi

"Saya rasa mungkin mereka hanya gertak sahaja kerana kasihan dekat saya. Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya nak besarkan anak-anak.

"Janganlah boikot-boikot. Kita sama-sama Melayu janganlah jatuhkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan," katanya kepada mStar Online.

Ahya tidak kisah kecaman netizen.

Pada Sabtu lalu, tular rakaman video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari semasa majlis resepsi Ahya dan pasangannya, Shahirah Sanusi.

Video yang dimuat naik Liana di Instastory menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, pengasas produk jamu ini berkata ibunya yang juga dramatis terkenal, Normah Damanhuri masih bersedih dengan kontroversi itu.

Dia turut meminta netizen menghentikan kata-kata cacian dan kecaman kepada ibunya itu.

Normah Damanhuri sudah membuat permohonan maaf di Instagram.

"Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral macam ni dia terkejut.

"Saya tak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia sakit kerana tertekan. Janganlah kecam mama lagi.

"Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tak sangka viral sampai macam itu," ujarnya.

Pada Isnin, Normah mewakili keluarga membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya.

Pelakon drama Misteri Wan Peah itu tidak menyangka penari tersebut akan mengenakan pakaian seksi dan mencolok mata sehingga menerima kecaman netizen.

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain