suria

Dedah 3 video bukti Aliff curang hanya kepada keluarga, Bella maafkan pihak terlibat

Mudah-mudahan ada penyelesaian hubungan Bella Astillah dan Aliff Aziz. Foto: Instagram Bella Astillah.

ISTERI kepada Aliff Aziz akan mendedahkan tiga video dalam simpanan sebagai bukti kecurangan suaminya dengan pelakon Oktovia Manrose itu kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, Bella, 23, berkata, video tersebut bukan satu fitnah seperti yang dituduh segelintir pihak.

“Ramai yang meminta saya untuk post video, ada segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan cakap sesuaka hati ikut post tanpa bukti tapi saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kepada keluarga dan yang terlibat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak patut keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah

“Maaf kepada yang tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini tapi sebagai manusia ada pelbagai cara untuk meluahkan, mengendali kerana kita tak boleh ingin orang jadi seperti kita mahupun jadi orang lain,” luahnya di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia menerima apa juga yang berlaku sebagai ujian dan lumrah dalam kehidupan.

Katanya, perkongsian berkaitan masalah rumah tangganya dilakukan semoga dijadikan sebagai iktibar kepada wanita yang takut untuk bersuara.

Aliff Aziz bersama Oktovia Manrose.

“Saya manusia yang lakukan kesilapan, seandainya ada segelintir pihak yang berpendapat perkongsian saya adalah salah, mungkin padangan setiap manusia berbeza.

“Semoga ramai menjadikan ini sebagai ikhtibar kerana ada wanita takut untuk bersuara. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan dan mendekatkan diri kepada Allah untuk mendapatkan ketengangan itu,” ujarnya.

Bella berkata, dia sudah memaafkan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Saya maafkan yang terlibat kerana saya hanya mahu kejujuran.

BELLA ASTILLAH

ISTERI ALIFF AZIZ

Apa yang diinginkan adalah kejujuran daripada pihak-pihak yang terlibat.

“Saya maafkan yang terlibat kerana saya hanya mahu kejujuran. Saya lega bila dapat tahu kebenaran dan berani bersemuka mengakui kesalahan dan meminta maaf.

“Memang ia terasa pedih dan terluka. Kita manusia sering melakukan kesilapan,” ujarnya.

Pada Rabu lalu, dunia hiburan digemparkan dengan pendedahan Bella Astillah tertang kecurangan suaminya Aliff Aziz yang didakwa mempunyai hubungan dengan Oktovia Manrose yang berusia 28 tahun.

Oktovia sudah membuat pengakuan maaf dan mengakui kesilapannya keluar dengan suami orang.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain