“Bisikan syaitan sangat halus” - Ibu minta Aliff Aziz dan Bella muhasabah diri - Sensasi | mStar

“Bisikan syaitan sangat halus” - Ibu minta Aliff Aziz dan Bella muhasabah diri

Bella dedah kecurangan Aliff dengan pelakon Oktovia Manrose. Gambar kenangan pasangan ini bersama anak mereka dirakamkan tahun lalu.

IBU kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Sheikh Mohamad memuat naik kata-kata yang menggambarkan pandangannya terhadap rumah tangga anak lelakinya dengan Bella Astillah yang kini dilanda badai.

Siti Hafiza meminta anak dan menantunya agar bermuhasabah diri dan tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.

"Fikir fikirkanlah dan bermuhasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalalkan cara, terlajak perahu boleh ditarik balik tapi terlajar kata sangat buruk padahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah bagi peluang, Aliff Aziz buat hal lagi dengan pelakon baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz hanya kawan... Oktovia Manrose kesal dituduh mabuk

Aliff bersama ibu, bapa dan adiknya penyanyi Aisyah.

"Bisikan syaitan sangat halus di hati dan minda manusia hanya iman yang dapat menyelamatkan kita," tulisnya.

Pada Rabu lalu, dunia hiburan gempar apabila isteri pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baharu ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang maka galilah aib yang ada pada dirimu sendiri.

SITI HAFIZA SHEIKH MOHAMAD

IBU ALIFF AZIZ

Bella berkata, dia mendapat maklumat daripada sumber di Instagram bahawa pasangan itu berhibur di sebuah kelab malam.

Bagaimanapun, pelakon wanita iaitu Oktovia Manrose sudah mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada Bella Astillah.

Luahan tersebut ditulis pada kapsyen foto dengan tulisan berkaitan membuka aib orang lain.

Luahan hati ibu Aliff di laman Instagram.

"Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang maka galilah aib yang ada pada dirimu sendiri.

"Kerana belum tentu dirimu memiliki aib lebih sedikit dari orang tersebut," tulis ibu Aliff lagi.

Bagaimanapun, usaha mStar Online menghubungi Siti Hafiza masih gagal kerana dia tidak menjawab mesej yang dihantar kepadanya.

Pada posting tersebut dia turut meletakkan hastag #BerdiamItuLebihMuliaDaripadaBerkatakata #EveryActionThereWillBeConsequences

Aliff Aziz , Bella Astillah

Artikel Lain