suria

Lan Pet Pet dapat habuan, didenda RM2,000 belasah ‘pak guard’

Lan mengaku salah atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan pada 6 April lalu.

AKHIRNYA... selepas lebih seminggu berlalu insiden pelawak Lan Pet Pet membelasah 'pak guard', anggota Senario itu akhirnya menerima habuan selepas didenda RM2,000 atas perbuatannya itu.

Lan atau Mazlan Ahmad, 49, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pada 6 April lalu.

Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 terhadap Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad yang berusia 49 tahun.

Kes tersebut disebut di hadapan Majistret, Mayon Yusof manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.

ARTIKEL BERKAITAN: Semalaman dalam lokap, pelawak pukul pengawal bebas dengan ikat jamin

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta anggap media sosial ‘dajjal kecil’ punca fitnah


Lan dikenakan hukuman denda RM2,000.

Dalam kejadian 8 malam itu, pelawak tersebut dipercayai menumbuk muka warga emas iaitu Yahya Manap berusia 70 tahun di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Suspek dikatakan menumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa selepas ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Video kamera litar tertutup (CCTV) daripada pondok pengawal dan rakaman amatur orang awam mengenai insiden ganas itu disebarkan di media sosial sejak 7 April lalu.

Video Lan memukul dan menendang pengawal keselamatan menjadi tular.

Akibat kejadian, polis bertindak menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menganggap insiden yang menimpa adik iparnya itu merupakan fitnah besar yang ditimbulkan pihak tertentu.

Lan Pet Pet

Artikel Lain