“Dia nak gelar saya ni apa, suka hati dia la” - Zul Ariffin komen wanita Ukraine panggil ‘baby’ - Sensasi | mStar

“Dia nak gelar saya ni apa, suka hati dia la” - Zul Ariffin komen wanita Ukraine panggil ‘baby’

Zul tidak mahu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hubungan dia dengan Tanya.

PELAKON Zul Ariffin memberi kebebasan kepada netizen untuk membuat andaian sendiri mengenai hubungan dia dengan wanita Ukraine, Tanya Glembotska yang dikaitkan dengannya sejak kebelakangan ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 33, berkata dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Menurut Zul, wanita itu mempunyai hak untuk mendakwa dia sebagai suami kerana berpendapat orang Malaysia juga gemar menggunakan gelaran manja.

"Saya tak boleh nak kata apa. Saya tak perlu membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tu. Mungkin setengah orang di Malaysia juga suka panggilan seperti 'baby'.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Ukraine dakwa ‘isteri’ Zul Ariffin luah rasa kesal, akui suka menari tapi itu semua dulu!

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal di Phuket, Zul Ariffin layan wanita Ukraine macam orang lain


Foto seorang perempuan memeluk lelaki dipercayai Zul Ariffin  pernah tular tahun lalu.

"Samalah juga. Dia nak gelar saya ni apa, suka hati dia la. Saya tak kata dia syok sendiri. Apa yang saya boleh cakap, saya tak menafikan apa-apa.

"Tapi orang dekat luar boleh buat andaian sendiri. Mereka bebas nak buat andaian sendiri apa yang ada semuanya jelas. Nak kenyataan rasmi daripada saya tu memang tidak akan berlaku," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui ketika malam gala filem Misteri Delaila di MM Cineplexes, E@Curve, Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.

Macam sebelum ini saya ada jalinkan hubungan cinta, tak kisahlah di masa hadapan nanti atau sekarang ini saya tengah bercinta. Benda ini adalah perkara biasa sahaja.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Hubungan rapat antara Zul dan Tanya mula dihidu netizen apabila menyedari persamaan foto mereka berkunjung ke Phuket, Thailand tahun lalu.

Wanita itu juga difahamkan telah mencacah tatu tertulis nama 'Zul' di jari tangannya dan memuat naik foto bersama dengan mengelarkan pelakon itu sebagai suami.

Dalam pada itu, pelakon filem Tombirou: Penunggu Rimba ini memberitahu dia juga seperti manusia lain yang menjalinkan hubungan cinta.

Zul persoalkan tujuan netizen mengecamnya tanpa mendapat keuntungan.

Zul tidak kisah sekiranya masih ada yang ingin mengambil tahu perkara tersebut namun mempertikaikan tujuan netizen mengecamnya tanpa mendapat keuntungan.

"Saya tak boleh komen apa yang orang tulis sendiri dalam laman sosial mereka. Apa yang saya boleh cakap, benda ini adalah normal.

"Macam sebelum ini saya ada jalinkan hubungan cinta, tak kisahlah di masa hadapan nanti atau sekarang ini saya tengah bercinta. Benda ini adalah perkara biasa sahaja.

"Cuma, apa yang mengejutkan ialah orang masih nak ambil tahu. Tak kisah kalau mereka nak tahu. Tapi ni ambil tahu hanya sebab nak kecam.

"Kalau kecam tu dapat duit, tak apa la. Buat la. Kongsi dengan saya. Ni tak dapat apa. Jadi, apa tujuan anda buat macam tu?" ujarnya.

Zul Ariffin

Artikel Lain