Kenal di Phuket, Zul Ariffin layan wanita Ukraine macam orang lain

Zul ada meninggalkan komen di foto Tanya Glombotska.

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menafikan dakwaan kononnya dia bercuti di Phuket, Thailand bersama wanita yang berasal dari Ukraine pada Jun lalu.

Zul, 32, berkata dia mengenali wanita itu ketika dia berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri.

Menurut Zul, wanita yang bernama Tanya Glembotska itu juga turut menyertai latihan yang sama.

"Tak ada la saya pergi bercuti. Saya pergi jalani sesi latihan la. Tak ada benda pun.

"Saya kenal dia dan kami berkawan. Saya kenal dia ketika di Phuket dan dia juga jalani sesi latihan yang sama," kata Zul kepada mStar Online.


Foto yang dimuat naik wanita itu dengan tulisan nama Zul di jari manisnya.

Zul ditemui ketika malam tayangan filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, di sini pada malam Rabu.

Pelakon drama bersiri Titian Cinta ini diminta mengulas mengenai foto dia dan wanita tersebut didakwa bercuti bersama di Phuket.

Tambah Zul, dia sendiri tidak menjangka wanita itu akan melukis inai namanya di jari.

Malah, dia melayan wanita itu seperti orang lain dan tidak pernah memberi sebarang harapan.

"Ia sangat pelik kan. Tulisan nama saya di jarinya itu hanya inai sahaja. Saya tak jangka reaksi sebegitu dan saya sendiri tak akan buat macam tu.

Zul enggan mengulas lebih lanjut mengenai gosipnya dengan wanita dari Ukraine.

"Saya tak ada jawapan mengenai perkara itu. Saya tak ada beri harapan apa-apa dan saya layan dia sama macam orang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lebih lanjut perkara tersebut dan membiarkan sahaja netizen membuat andaian sendiri.

"Kalau saya cakap sesuatu, mereka akan membuat andaian dan menghukum. Baik atau buruk perkara itu, tak ada beza.

"Saya biarkan mereka buat andaian. Saya akan diam. Kalau komen kiri atau kanan tak ada beza. Mereka tak tahu apa-apa. Biar masa yang menceritakan," katanya.

Sebelum ini, hubungan Zul dan pelakon Zahirah MacWilson telah berakhir pada awal April lalu.

Zul juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit Gayatri Su-Lin namun mereka berpisah sekitar 2015.

Zul Ariffin

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain