suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Ilya, Adam Shahz ditauliahkan kapten dan leftenan APM

Raja Ilya (tengah) dipakaikan pangkat Kapten (Bersekutu) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

PUTRAJAYA: Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa teruja dan gembira apabila diberi peluang mengikuti latihan dan kursus untuk menjadi pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Raja Ilya, 33, berkata dia berterima kasih dengan pengarah filem Ahmad Idham dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang mengajaknya memasuki kursus berkenaan sehingga menerima penganugerahan tersebut.

"Saya gembira diberi peluang ini dan sangat berterima kasih kepada Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan Yusof kerana mengajak saya masuk kursus ini sehingga layak untuk Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Watikah Lantikan Pegawai Bersekutu (CDERT Ohhsem).

"Sepatutnya pertaulihan diterima pada April lalu tetapi kebetulan saya terikat dengan lawatan kerja ke India, jadi terpaksa ditunda ke hari ini," katanya kepada mStar Online.

Dari kiri; Maznah Zolkifli, Eizlan Yusof, Raja Ilya dan Adam Shahz.

Majlis tersebut telah diadakan di BoraOmbak, di sini pada Rabu dan disempurnakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Roslan Wahab itu.

Selain Raja Ilya yang dianugerahkan pangkat Kapten Bersekutu (PA), manakala pelakon Adam Shahz pula turut menerima pentauliahan yang sama dengan pangkat Leftenan Bersekutu (PA).

Selebriti lain ialah bekas pengacara televisyen, Maznah Zolkifli yang menerima pangkat Mejar Bersekutu dan anggota kumpulan Simfoni, Mohamad Anas (Leftenan Bersekutu).

Pada majlis ini CDERT Ohhsem melalui Leftenen Kolonel Bersekutu, Ahmad Idham dan barisan selebriti turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 yang disalurkan ke Unit Kesenian dan Kebudayaan APM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Adam Shahz, Raja Ilya

Artikel Lain