Pertukaran karya seni menerusi Produksi Seni 2020

Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob bersama barisan pelakon drama Moonlight Saigon yang membabitkan pelakon dari Malaysia dan Vietnam. Foto LOW BOON TAT

MAJLIS menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat Produksi Seni 2020 dengan Sram & Mram Technologies Resources bakal menjadi platform kepada pertukaran karya seni antara Malaysia dengan negara-negara lain tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Fauzi Ayob berkata, pihaknya menyokong usaha tersebut kerana ia bakal membawa banyak manfaat kepada negara ini.

"Melalui perjanjian ini akan ada penggambaran produksi luar dijalankan di Malaysia, ia sekali gus dapat mempromosikan negara ini.

"Usaha tersebut juga dilihat sebagai pembuka jalan dari segi koloborasi antara produksi tempatan dan produksi dari luar," ujarnya kepada mStar Online.

Perjanjian persefahaman (Mou) antara Produksi Seni 2020 dengan Sram & Mram Technologies Resources bakal membuka laluan untuk koloborasi seni antara Malaysia dan negara serantau tidak lama lagi.

Majlis menandatangani MoU itu berlangsung di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, Selasa.

Menerusi majlis itu juga, Produksi Seni 2020 yang diterajui Datuk Nancie Foo dan Wendy Wong telah melancarkan drama koloborasi dua negara melibatkan Malaysia dengan Vietnam.

Drama yang diberi judul Moonlight Saigon itu akan mula disiarkan menerusi saluran RTM, September depan.

Mengulas mengenai koloborasi itu, Nancie mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan.

"Melalui drama ini, negara kita dan Vietnam dapat membuat pertukaran budaya dan seni dan saling memperkenalkan artis masing-masing.

Wendy Wong (kiri) dan Datuk Nancie Foo yang menjadi tulang belakang Produksi Seni 2020.

"Namun ia bukan mudah, cabaran-cabaran yang dihadapi termasuklah kekangan bahasa dan perkara-perkara sensitif lain.

"Apa yang lebih menarik, akan ada empat bahasa dalam drama ini iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Vietnam dan bahasa Melayu," ujar Nancie.

Selain tayangan di Malaysia, drama 26 episod itu juga akan ditayangkan di Vietnam.

Pelakon dari Malaysia yang membintangi Moonlight Saigon adalah Jonathan Lee dan Evan Sia manakala dari Vietnam, Yu Duong sebagai Tuong Vi serta Kieu Trihn sebagai Vu Yen.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain