Cemas... anak Nourul Wahab sawan di pusat beli-belah

Nourul cemas apabila anak bongsunya diserang penyakit sawan.

PENYANYI Nourul Wahab berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila anak lelaki bongsunya, Raphael Deep diserang penyakit sawan ketika mereka berada di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Isnin lalu.

Menceritakan kejadian itu Nourul berkata, ia berlaku di ruang legar pusat beli-belah itu sebelum dia bertindak pantas dengan meletakkan anaknya di lantai dalam posisi meniarap agar dia dapat bernafas.

"Baru sahaja nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena sawan. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak kena sawan, kena terbalikkan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar doktor," tulisnya.

Dalam pada itu, Nourul berkata, itu bukan kali pertama Raphael terkena serangan itu cuma kali ini ia berlaku di luar jangkaannya.

Nourul berkongsi detik cemas di laman Instagramnya.

Kata Nourul, setiap kali Raphael demam panas suhu badannya akan meningkat naik dan akan menyebabkan sawan.

"Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena sawan. Ini kali ketiga walaupun dimonitor  (pantau) sebaiknya cuma semalam tak sempat sampai rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nourul berkata, kejadian itu memberinya pengajaran agar tidak mengambil mudah apabila anaknya itu mengalami demam pada masa akan datang.

Nourul juga bersyukur apabila anak kesayangannya yang berumur tiga tahun itu tidak mengalami sebarang situasi serius dan hanya ditahan selama satu malam di hospital.

"Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.

"Alhamdulillah Raphael sudah baik selepas satu malam di hospital dan hanya terkena demam viral.

Nourul  bersama dua anaknya.

"Sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darahnya tidak menunjukkan apa-apa membahayakan," katanya.

Sementara itu, Nourul turut mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah itu yang membantunya dalam situasi cemas itu.

"Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ," katanya.

Nurul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012.

Nourul Wahab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain