MENCARI pasangan baharu bukan lagi fokus buat pelakon Idzham Ismail selepas rumah tangganya berakhir dengan perceraian pada November tahun lalu.
Mengakui pernah terbuka untuk kembali berumah tangga, namun bagi Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 37, hasrat terserbut bagaikan sudah pudar.
Bukan hanya soal berumah tangga, pelakon ini juga seakan tidak mahu melibatkan diri dalam hubungan cinta.
Perkongsian Idzham di Threads.
"Dulu saya memang nak kahwin lagi lepas cerai. Tetapi sekarang saya sudah tidak mahu terlibat satu hubungan," katanya.
Idzham meluahkan perkara itu di laman Threads miliknya pada Sabtu.
Bagi pelakon ini membesarkan dua orang cahaya mata adalah keutamaan buat dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah jadi bapa tunggal, ada ketika Idzham Ismail ‘burnout’
ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail sukar cari pengganti, bekas isteri dah letak standard terlalu tinggi
Malah dia memberitahu hidup lebih bahagia biarpun tanpa kehadiran seorang wanita menjadi teman istimewa.
"Lagi seronok hidup dengan anak-anak," ujarnya.
Menerusi ruangan komen ada yang berkongsi nasihat supaya dia memberi tempoh sebelum mengenali rapat seseorang.
Idzham fokus membesarkan anak-anak.
Bagaimanapun menurutnya pertemuan dengan beberapa orang sebelum ini dianggap sebagai membuang masa.
"Banyak kali jumpa dan kenal orang yang membazir masa saya," luahnya.
Idzham sah bercerai dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada 4 November tahun lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 8, serta Muhammad Idrus, 5 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube