suria

Kongsi foto cincin... Syafiq Kyle dan Mimi Lana bernikah petang Jumaat

Syafiq dan Mimi saling kongsi foto bersama.

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana di Instagram menimbulkan tanda tanya ramai sehingga ada yang membuat andaian pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga.

Tanpa menulis sebarang kapsyen, Mimi dan Syafiq hanya memuat naik foto bersama dua bentuk cincin seolah-olah memberi gambaran bakal berkongsi berita gembira.

Di Instagram milik Syafiq, dia hanya meletakkan kapsyen tanda hati dan emoji menadah tangan seakan berdoa.

syafiq 2

Perkongsian ringkas Syafiq di Instagram.

Manakala Mimi pula berkongsi gambar pasangan berpegangan tangan dan memakai cincin.

Memetik laporan Metro, satu sumber memberitahu mereka akan melangsungkan pernikahan pada petang Jumaat.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: “One step closer, Insya Allah” - Mimi Lana beri gambaran sudah bertunang dengan Syafiq Kyle, dibanjiri ucapan tahniah peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lagi nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah

Menerusi ruangan komen ramai yang telah mengucapkan tahniah dan gembira kedua-dua mereka bakal disatukan.

Pada Januari 2023, kedua-dua mereka mengumumkan pertunangan.

Pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan di saat akhir.

Sementara itu dalam satu perkongsian lain, ibu kepada Syafiq iaitu Rohaya Sulaiman juga memberi bayangan berkenaan perkara itu apabila memohon agar orang ramai permudahkan urusan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain