suria

“One step closer, Insya Allah” - Mimi Lana beri gambaran sudah bertunang dengan Syafiq Kyle, dibanjiri ucapan tahniah peminat

Syafiq turut berkongsi berita gembira di laman sosial miliknya.

SELEPAS sekian lama berteka-teki soal hubungan yang terjalin, pelakon Mimi Lana memberi gambaran sudah mengikat tali pertunangan dengan aktor Syafiq Kyle.

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, turut meluahkan rasa syukur selain memuat naik gambar tangan lelaki yang menyarungkan cincin ke jari seorang wanita disertakan dengan nama Syafiq.

"One step closer, Insya Allah... Alhamdulillah," katanya.

Ramai yang tidak sabar menunggu hari bahagia Mimi dan Syafiq.

Ramai yang tidak sabar menunggu hari bahagia Mimi dan Syafiq.

Sementara itu, menerusi ruang komen ramai dalam kalangan peminat termasuk rakan artis mula mengucapkan tahniah selain tidak sabat melihat pasangan ini disatukan sebagai suami isteri.

Terdahulu, menerusi satu temu bual media, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, memberitahu dia sudah menghadiri kursus pernikahan dan sedia untuk berkahwin dengan Mimi tahun ini.

"Insya Allah dalam tahun ini juga cuma saya tidak berani sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sangka sebab putus cinta, Mimi Lana dedah menangis seminggu terpaksa potong rambut pendek

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘overthinking’ Syafiq Kyle takut tonton lakonan sendiri jika watak tidak menjadi

"Banyak lagi yang perlu diselesaikan kedua-dua belah pihak,” jelasnya.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut selepas dilihat berkongsi gambar di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi