suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Hazami meninggal dunia

Kesihatan ibu Hazami merosot sebelum meninggal dunia.

IBU penyanyi Hazami iaitu Noor Afaza Md Salleh meninggal dunia pada pagi Jumaat akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun.

hazami 1

Hazami bersama ibunya Allahyarham Afaza.

Khabar duka itu dikongsikan oleh pengurus Hazami iaitu Aszuad Zakaria.

"Dukacita dimaklumkan bahawa ibu Hazami, Noor Afaza Md Salleh menghembuskan nafas terakhir, hari ini, Jumaat bersamaan 1 Syaaban," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hazami curi masa rebut ganjaran Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Saya 'Tenggelam', Sedar Diri - Hazami

Dalam pada itu, Aszuad memberitahu kesihatan Allahyarham mula merosot sejak kebelakangan ini selain kerap menerima rawatan di hospital.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Karak 2, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain