suria

Dua kali terselamat, Fairuz Selamat anggap rezeki terus bersaing di GV11... Tak mahu tinggal legasi buruk

Fairuz yakin peluang yang diberikan untuk dia buat lebih baik.

DALAM kegembiraan masih kekal bersaing di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), penyanyi Fairuz Selamat tidak dapat lari daripada kritikan sesetengah pihak selepas dua kali terselamat daripada tersingkir program berkenaan.

Akui terkesan dengan setiap komen yang diterima, Fairuz atau Mohammad Fairuz Selamat, 40, bagaimanapun enggan perkara tersebut mengganggu perjalanannya dalam peringkat seterusnya.

"Sebagai manusia mestilah akan ada rasa tertekan bila membaca komen tidak elok. Saya ambil pendekatan membaca komen tersebut buat seketika sahaja. Biarlah orang nak kutuk saya.

fairuz 2

Persembahan Fairuz di minggu ke-9 kurang menyerlah.

"Saya ambil peluang ini untuk buktikan kemampuan di pentas GV11. Saya tak mahu tinggalkan legasi di mana peminat melihat persembahan saya tidak cukup bagus. Itu boleh jejaskan periuk nasi sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.

Fairuz berada dikedudukan tercorot dalam konsert minggu kesembilan GV11 yang berlangsung pada malam Ahad namun rezeki untuk dia teruskan saingan kerana tiada penyingkiran diumumkan.

Sebelum itu, konsert minggu ketujuh dia juga menerima nasib sama apabila diumumkan layak untuk meneruskan pertandingan meskipun mendapat markah paling rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Fairuz Selamat bertahan, 8 peserta mara ke suku akhir GV11

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penyingkiran minggu ketujuh GV11... Fairuz Selamat tercorot, ‘Damelo’ Liza Aziz pula paling mega

Sebagai salah seorang peserta, Fairuz berkata dia hanya mahu memberikan yang terbaik dan segala keputusan tersebut adalah di tangan juri dan pihak produksi.

"Dua kali tiada penyingkiran dan dua kali itu juga saya berada di kedudukan paling bawah. Bukan saya yang buat keputusan itu. Ini adalah rezeki dan mungkin juri atau pihak produksi nampak sesuatu yang boleh saya berikan dalam program ini.

"Tak mustahil juga mungkin ada anggap saya anak emas stesen tv. Sebenarnya orang tak tahu betapa teruknya saya rasa apabila berada di kedudukan tersebut," jelasnya.

fairuz 3

Fairuz kuat bertahan demi peminat.

Dalam masa sama, penyanyi ini juga sedar peminat meletakkan harapan tinggi untuk dia kekal bersaing sehingga melayakkan diri ke pentas akhir.

"Harapan peminat itu adalah satu tanggungjawab buat saya. Mereka sudah lakukan pelbagai cara untuk saya kekal bertanding.

"Dalam program GV11 ini peminat bagaikan nadi. Jika mereka adalah sebab saya kekal bertahan ia adalah satu perkara yang bagus," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain