PELAKON Trisha Ooi berdepan detik cemas apabila terkandas di kawasan tanah runtuh ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Janda Baik, Pahang. Menurut Trisha atau Reqshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, dia bersama kru produksi terperangkap apabila tanah runtuh berlaku di sebuah jalan dari Genting Highlands. Jelas Trisha, mereka berada di kawasan peranginan itu bagi menjalani penggambaran pada Khamis namun mengambil keputusan menginap di sana sebelum bergerak ke Janda Baik pada pagi Jumaat. Bagaimanapun mereka terkejut apabila dimaklumkan berlaku tanah runtuh yang menyebabkan mereka semua terkandas dan tidak boleh keluar dari Genting Highlands sehingga kerja-kerja pembersihan selesai. Trisha terperangkap bersama kru produksi. "Sejak dua tiga hari lalu kami menjalani penggambaran di Genting dan Janda Baik. Berulang-alik. "Malam tadi, selepas selesai penggambaran di Genting, kita tidur di sana. "Pagi ini kami mahu ke Janda Baik tetapi berlaku tanah runtuh. Dari atas sana sampai ke bawah ini," katanya. Trisha berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran InstaStory miliknya pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Harapan FFM33 tanggungjawab besar, Trisha Ooi masuk kelas lakonan bersama Fauziah Nawi ARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi cari pasangan ‘family man’ tapi bukan suami orang Dalam hantaran yang sama, Trisha menunjukkan betapa seriusnya keadaan jalan dipenuhi tanah yang menghalang laluan utama. Sementara itu, pelakon itu memohon agar pengikutnya mendoakan keselamatan mereka dalam situasi yang mencemaskan itu. "Jadi, kami tidak boleh keluar dari sini. Tolong doakan kami," ujarnya. Trisha minta peminat doakan keselamatan dia dan pasukan produksi. Sementara itu, Resort World Genting (RWG) menjelaskan kejadian itu berlaku di Jalan Ion Delemen dan bukan kawasan resort kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat. Pihak RWG turut menggerakkan pasukan kecemasan bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam menguruskan situasi serta memastikan tindak balas terkoordinasi. RWG juga memberi jaminan semua kaki tangan dan pengunjung termasuk operasi tidak terjejas malah akses jalan utama Genting Highlands kekal dibuka sepenuhnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!