suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengalaman pertama, Michelle Yeoh diberi penghormatan sampaikan pingat pemenang papan anjal Olimpik 2024

Michelle diberi penghormatan menyarungkan pingat kepada pemenang papan anjal.

PELAKON Tan Sri Michelle Yeoh diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada pemenang bagi acara terjun tiga meter papan anjal di Sukan Olimpik 2024, Paris pada Jumaat.

Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 62, memberitahu peluang yang diberikan itu merupakan pengalaman pertama beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang di acara temasya sukan Olimpik.

Aktres yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) ini turut mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berpendapat mereka memang selayaknya memenangi acara berkenaan.

mic1 - 1

Michelle menunjukkan sokongan kepada acara sukan di Olimpik 2024.

"Penyampaian pingat Olimpik pertama kepada salah satu acara sukan kegemaran saya. Hebat!

"Tahniah kepada China dan Australia, anda memang layak untuk memenangi acara ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh terima ‘Medal of Freedom’ daripada presiden Amerika Syarikat

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun aluminium foil Michelle Yeoh curi perhatian di Met Gala, Rita Ora pula disangka berbogel

Michelle berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Untuk info, penerjun dari China iaitu Chen Yiwen berjaya menggondol pingat emas dengan jumlah mata sebanyak 376.00, sementara pingat perak dan gangsa pula menjadi milik Australia, Maddison Keeney (343.10 mata) dan seorang lagi penerjun China Chang Yani dengan kutipan 318.75 mata.

Acara tersebut turut disertai oleh wakil Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri namun hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-12.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain