suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak menangis mahu jumpa Lee Zii Jia... Hairul Azreen tunai permintaan bawa datang rumah

Alisa (kiri) meminati pemain badminton negara Lee Zii Jia.

PELAKON Hairul Azreen menunaikan hasrat anak perempuannya iaitu Alisa Aisyah untuk bertemu dengan pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia.

Hairul atau Hairul Azreen Idris, 35, sebelum itu memuat naik video memperlihatkan Alida menangis kerana mahu bertemu dengan Zii Jia.

"Lee Zii Jia sudah pulang. Lain kali okay? Awak nak bercakap dengan Lee Zii Jia?" tanya Hairul.

Zii Jia meluangkan masa mengunjungi kediaman Hairul untuk bertemu Alisa.

Zii Jia meluangkan masa mengunjungi kediaman Hairul untuk bertemu Alisa.

Tidak lama kemudian, Zii Jia membuat kejutan dengan mengunjungi kediaman mereka dan menegur Alisa yang sedang duduk bersama ibunya iaitu pelakon Hanis Zalikha di meja makan.

Melihat kemunculan pemain badminton itu, Alisa tersenyum riang sambil menghulurkan salam kepada Zii Jia.

ARTIKEL BERKAITAN: Faham kepayahan besarkan anak-anak, Hanis Zalikha tak ‘judge’ individu tak mahu zuriat

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Hairul Azreen cabut gigi susu anak, netizen kagum Yusof rileks tak menangis pun

Zii Jia kemudiannya sempat melayan kanak-kanak berusia lima tahun itu bermain badminton.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kunjungan Zii Jia ke kediaman Hairul dan cemburu melihat permintaan Alisa ditunaikan.

"Dahsyatlah, dia (Alisa) minta sahaja, Lee Zii Jia terus muncul.

"Macam duduk sebelah rumah sahaja, Lee Zii Jia terus datang," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain