suria

“Ingat lelaki suka gelap-gelap ke?” - Geram dengan ‘Sally’ punya fasal, netizen tergamak hina rupa paras Haneesya Hanee

Haneesya tenang layan komen negatif netizen.

GARA-GARA bengang dengan watak Sally menerusi drama Aku Bukan Ustazah, netizen mengutuk rupa paras pelakon Haneesya Hanee di media sosial.

Kecewa rupa parasnya dihina, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, meminta orang ramai tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan marah dengan watak tersebut sehingga tergamak menghina wajahnya.

"Saya faham awak semua sakit hati dengan Sally... tapi itu Sally, bukan saya. Kalau nak menghina pun agak-agaklah.

haneesya 2

Haneesya bengang dengan komen negatif netizen.

"Tapi tinggalkan komen-komen negatif seperti ini sia-sia, buat dosa. Tak perlu!," katanya.

Haneesya berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan komen seorang netizen menghina warna kulitnya.

"Ingat lelaki suka gelap-gelap ke?" komen netizen berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tiada ‘job’ sejak menang anugerah, ibu terpaksa gadai barang kemas teruskan kehidupan

ARTIKEL BERKAITAN: Babak dalam kelab malam buat Haneesya Hanee trauma, bimbang netizen ungkit kisah lama

Menurut Haneesya, penonton sepatutnya mengambil pengajaran yang terdapat di dalam drama berkenaan bukan menyerang hal peribadi berkaitan pelakon.

"Cerita Aku Bukan Ustazah ini best. Saya yang berlakon ini pun boleh cakap cerita ini seronok dan banyak pengajaran yang boleh kita belajar.

"Dari cerita yang korang tengok boleh dapat pengajaran dan pahala, buat benda baik.

hanees

Watak Sally buat penonton naik darah.

"Cuma tengok dan hayati sahaja tak perlu menghina orang sampai tahap macam ini atau menyerang perkara peribadi pelakon," ujarnya.

Dalam pada itu, Haneesya memberitahu dia membaca setiap komen ditinggalkan netizen berkaitan wataknya di dalam drama tersebut.

Malah dia juga tidak kisah jika rupa parasnya disamakan dengan pelbagai watak kartun.

"Sebenarnya saya baca setiap komen dan macam-macam kata saya Barbie, Aisha Winx club, Esmeralda dark skin mode macam-macam lagi.

haneee

Haneesya ajak penonton lihat pengajaran dalam drama Aku Bukan Ustazah.

"Ada yang kata tengah tengok Sally dark mode... Saya tak kisah kalau korang rasa perkara itu menyeronokkan, teruskan," luahnya.

Drama Aku Bukan Ustazah turut dibintangi oleh Zahiril Adzim Erysha Emyra, MK, Shaza Bae dan ramai lagi.

Ia sedang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7.30 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain