suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengikut minta bantuan cari bukti ibu ada skandal, Caprice tolak isu rumah tangga

Caprice tetap dengan pendirian tidak masuk campur isu rumah tangga.

SERING menghulurkan bantuan dan membantu dalam menyelesaikan isu semasa, penyanyi dan aktivis Caprice bagaimanapun enggan lagi terlibat dalam kes melibatkan hal rumah tangga orang lain.

Tetap dengan pendirian tersebut, Caprice atau Ariz Ramli, 34, terpaksa menolak permintaan seorang pengikut media sosial meminta bantuannya berkaitan perkara tersebut.

"Walaupun team kami memang laju bab-bab cari bukti, siasat dan cover, kita dah tak ambil kes-kes rumah tangga," katanya.

caprice 2

Caprice menolak permintaan seorang pengikut di media sosial.

Caprice menulis perkara tersebut menerusi Instastory miliknya.

Dalam hantaran tersebut seorang pengikut meminta dia mencari bukti tentang ibunya yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Boleh cari bukti tentang ibu saya ada lelaki lain," tulis individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu elak fitnah, Caprice akan dedah bukti berkaitan Bella Astillah dan Muaz Zabir di Telegram

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hina wajah anak melutut minta maaf depan Caprice, isteri... Pilih pergi masjid selesaikan masalah

Ramai sedia maklum Caprice seorang yang aktif membantu mana-mana individu menyiasat tentang banyak perkara termasuk isu peribadi.

Malah dia juga banyak membuat pendedahan tentang isu semasa dan sering menjadi rujukan banyak pihak.

caprice 3

Caprice sering menjadi rujukan berhubung isu semasa.

Pendirian berkenaan isu rumah tangga itu juga pernah dinyatakan oleh Caprice selepas dia cuba menjadi orang tengah dalam kemelut rumah tangga pasangan pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz yang juga melibatkan seorang wanita asal Singapura bernama Sarah Yasmine.

Isu berkenaan sebelum ini menjadi bualan hangat sehingga isteri Caprice iaitu Farra Inalis juga dikaitkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain