suria

Netizen masih tak puas hati, Ning Baizura minta ‘unfollow’ IG… “Lagi korang keji lagi banyak pahala saya”

Ning mencadangkan agar individu yang tidak berpuas hati unfollow akaun IG miliknya.

SUDAH tampil memberikan penjelasannya berhubung reaksi spontan bertanyakan ‘siapa Rafah’, namun penyanyi Ning Baizura masih lagi berterusan menerima kecaman di media sosial.

Memohon agar netizen berhenti daripada menulis kata-kata kesat, Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, turut mencadangkan agar mereka mengambil tindakan unfollow atau tidak lagi mengikuti akaun Instagram miliknya itu.

"Saya harap anda semua berhenti mengikuti saya (IG) jika masih nak menggunakan platform ini untuk meluahkan rasa kekesalan dan kesakitan.

ning1 - 1

Kenyataan yang dimuat naik oleh Ning di Instastory miliknya.

"Sudah-sudahlah, tak suka move on dan unfollow. Kata-kata yang mengaibkan dan kesat bukan ajaran agama. Tolongkan hentikan.

"Ini ruang saya, saya tidak ada masa nak block report. Renung-renungkan, just unfollow. Terima kasih," katanya.

Ning berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Who’s that?" - Dituduh tak cakna tentang 'All Eyes on Rafah', IG Ning Baizura diserang netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Ning Baizura perjelas isu tanya 'siapa' Rafah, kecewa video disunting sehingga jadi kecoh

Dalam pada itu, Ning juga turut mendoakan netizen untuk diberikan kesabaran agar tidak menyalurkan tenaga negatif di media sosial.

Penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu juga meminta untuk orang ramai membuka minda dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang kurang bijak.

"Lagi korang keji InsyaAllah lagi banyak pahala saya. Tak puas hati lagi pergilah cerminkan diri anda sebelum mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak.

"Saya doakan anda semua dapat salurkan tenaga secara positif. Jangan masa nak mengutuk, nak berbalah disini.

"Saya doakan anda sabar. Tolonglah buka mata minda dan jangan nak keruhkan keadaan. Semoga Allah permudahkan urusan anda semua, memberi pedoman dan kesabaran untuk anda," ujarnya.

Sebelum ini, netizen kecewa dengan respon Ning yang bertanya siapa 'Rafah' ketika muncul menerusi video siaran langsung di Instagram miliknya.

2701097

Jawapan spontan Ning berkenaan 'Rafah' mengundang salah faham.

Dia memberi respon spontan itu selepas penonton video siaran langsung itu meninggalkan komen 'All Eyes on Rafah'.

"All eyes on Rafah... Who's that?," katanya sambil tersenyum ketika membaca komen tersebut.

Susulan itu, Ning dalam satu kenyataan memberitahu dia tidak sengaja memberikan tindak balas tersebut selepas mengalami kesukaran menyebut nama peminat sebelum itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain