suria

“Jangan rasa terpaling Islam” - PU Azman nasihat hati-hati boikot, takut hilang pahala

Azman menasihati netizen untuk menjaga lisan.

SUSULAN kempen Blockout2024 yang terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial, Pencetus Ummah (PU) Azman mengingatkan orang ramai supaya tidak keterlaluan dalam menyahut gerakan tersebut.

Tampil mengulas mengenai isu boikot ini, Azman atau Azman Syah Alias, 43, berkata ia haruslah dilakukan secara berhemah dan tidak sehingga menyakiti hati orang lain.

"Jangan rasa terpaling Islam ketika memboikot, sehingga menafikan perjuangan orang lain.

Perkongsian Azman yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Azman yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Di akhirat nanti, ada manusia yang membawa pahala yang banyak tapi akhirnya hilang begitu sahaja kerana sambil buat baik (salah satunya memboikot), lisan juga menyakiti hati orang lain," katanya.

Azman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azman turut menyelar tindakan segelintir netizen yang membuta tuli menuduh individu lain menyokong Israel tanpa usul periksa.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel buat laporan polis, Scha Alyahya pun tak teragak-agak ambil tindakan sama jika terima ancaman

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha buat tindakan drastik, batal kontrak bersama jenama antarabangsa

"Lidah laju menyakiti, menuduh dan menilai orang lain menyokong Israel tanpa memahami situasi sebenar," ujarnya.

Sebelum ini, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis terkait termasuk Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Susulan itu, ramai artis menerima kecaman di media sosial kerana dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Zionis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain