suria

Ada sebab rahsiakan perkahwinan, isteri kongsi keistimewaan Afdlin Shauki

Afdlin dan Marcella hormati keluarga jaga privasi.

ISTERI kepada pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Marcella menjelaskan mempunyai alasan mendiamkan diri ketika mereka mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Selain mahu menjaga privasi, Marcella, 28, perlu menghormati permintaan arwah bapanya yang meninggal dunia pada tahun lalu.

"Salah satu sebab kami rahsiakan adalah kerana mahu menjaga privasi dan ketika itu arwah bapa sedang sakit. Atas pemintaan dia juga kami segerakan perkahwinan.

afdlin 2

Marcella (kanan) buat pertama kali bertemu media selepas bergelar isteri.

"Arwah meninggal dunia selepas kami berkahwin," katanya kepada mStar.

Pasangan ini ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama pelakon filem Harimau Malaya yang berlansung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ini juga merupakan penampilan pertama Marcella bersama media selepas dia sah bergelar isteri Afdlin.

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki rasa bahagia selepas berkahwin, isteri okay tiada majlis kenduri besar-besaran

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki tamat zaman duda Ogos lalu, pilih pengurus sebagai isteri

Afdlin, 53, sebelum ini mendedahkan sudah menamatkan zaman duda namun tidak berkongsi secara terperinci tentang perkahwinannya dengan Marcella.

Meskipun perbezaan umur agak jauh antara mereka, namun bagi Marcella itu bukan halangan untuk dia menerima Afdlin sebagai suami.

"Dulu saya pernah berdoa mahukan seseorang yang sama seperti arwah bapa. Afdlin ada ciri-ciri itu. Bukan dari sudut umur tetapi dari keperibadian," ujarnya.

afdlin 3

Afdlin tidak banyak berkongsi kisah perkahwinan.

Sementara itu, Afdlin memberitahu isterinya itu kini menjadi orang penting dalam menguruskan salah satu perniagaan miliknya.

"Sebelum ini dia bekerja dengan saya. Sekarang dia jadi bos dan uruskan salah satu pernigaan saya," jelasnya.

Untuk rekod Afdlin pernah berkahwin Maria Christina Orow Abdullah pada 1997 namun mengumumkan perceraian pada April 2022.

Mereka tiga orang anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain