suria

Shera Aiyob selamat jalani pembedahan buang cyst, dapatkan rawatan selepas alami sakit perut dan sukar bernafas

Shera menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista atau cyst.

PELAKON Shera Aiyob memaklumkan dia baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista atau cyst sebesar 8 sentimeter (cm) di sebuah hospital baru-baru ini.

Kata Shera atau Nur Syahirah Aiyob, 38, dia terpaksa menerima rawatan di hospital pada Selasa lalu selepas mengalami sakit perut yang melampau dan sukar bernafas.

"Perut saya sakit yang teramat dalam pukul 2 pagi sampaikan dada saya rasa sempit dan tak boleh bernafas.

Untitled design (57)

Shera dikejarkan ke hospital selasa lalu selepas mengalami sakit perut yang melampau.

"Sampai sahaja di wad kecemasan, saya diberitahu kemungkinan cyst itu dah mula pecah.

"Dalam pukul 11 malam saya menjalani pembedahan, tahu-tahu 1.30 pagi pembedahan itu selesai," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Berkongsi lanjut keadaan kesihatannya itu, isteri kepada pelakon Zahiril Adzim itu memeberitahu dia mula mengesan cyst itu sejak pertengahan November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shera Aiyob dan Zahiril Adzim bercuti di Jepun, netizen luah kebimbangan dijangkiti Covid-19 - “Jika demam, batuk atau selsema kami akan terus ke hospital”

ARTIKEL BERKAITAN: Saling memahami! Isteri tak halang Zahiril Adzim minat aktiviti ‘ride motor’... “Sebenarnya Shera lebih lasak dari saya”

Menurut Shera, doktor mula mengesan cyst pada badannya selepas dia sering mengalami sakit perut.

Namun, Shera diberikan pilihan untuk membuat rawatan secara makan ubat memandangkan saiz cyst itu masih kecil ketika itu.

"Saya pergi ke klinik kerana sering mengalami sakit perut yang teramat.

Untitled design (58)

Shera sudah kemabali pulih selepas ditahan di hospital.

"Lepas pemeriksaan, doktor kesan ada cyst sebesar 5 cm dalam badan saya, jadi doktor minta saya pergi ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Selepas pemeriksaan seterusnya, saiz cyst saya masih sama jadi doktor minta untuk teruskan makan ubat dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Shera memberitahu keadaan kesihatannya kembali pulih dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain