suria

Ibu kongsi video selesai solat jemaah bersama Aliff Aziz, doa urusan anak dipermudahkan

Hafiza menharapkan yang terbaik buat Aliff.

SELEPAS namanya hangat diperkatakan susulan kontroversi tangkap khalwat, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kini dipercayai berada di Singapura pulang bertemu keluarganya.

Perkara itu dikongsi oleh ibu Aliff sendiri iaitu Siti Hafiza yang memuat naik video pendek memperlihatkan anaknya itu berada di depan mata.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Hafiza turut berdoa agar segala kesulitan yang dilalui oleh anak lelakinya itu akan berakhir.

aliff aziz 2

Nama Aliff dan Ruhainies kini menjadi bualan ramai.

"Dalam setiap kesulitan pasti akan dipermudahkan," ungkapnya.

Dalam rakaman video berkenaan juga kelihatan Aliff sedang membacakan doa yang turut disertai oleh bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan ibu Aliff Aziz menyentuh hati, percaya doa rawat segala masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tolong angkat barang Ruhainies, hanya duduk di ruang tamu ketika diserbu Jawi

Sementara itu dalam beberapa hantaran semula di Instastory, Hafiza turut berkongsi beberapa klip ceramah nasihat kepada seseorang untuk berdiam ketika dihina.

Dia juga sebelum ini juga pernah menulis luahan agar sentiasa berdoa tatkala berdepan ujian yang dipercayai sebagai kata-kata semangat buat Aliff.

aliff aziz 3

Bella nekad tuntut cerai.

Nama Aliff kembali panas menjadi bualan ramai sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Susulan kontroversi itu isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain