suria

Caprice kongsi berita gembira, dah jadi bapa… “Alhamdulillah Lil Cappy selamat dilahirkan”

Isteri Caprice selamat melahirkan bayi sulung mereka.

PENYANYI rap Caprice kini bergelar bapa selepas isterinya Farra Inalis selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Ahad.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya.

"17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew," katanya.

Caprice teruja menyambut kelahiran anak pertama.

Caprice teruja menyambut kelahiran anak pertama.

Caprice bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai anak pertamanya itu dan hanya memuat naik video dia mendukung bayi tersebut.

Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut juga tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawa .

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian berita itu dan mengucapkan tahniah kepada penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kongsi berita gembira, umum isteri hamil 5 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Guna perkataan kesat terhadap pegawai kanan polis, Caprice mohon maaf kepada anggota PDRM

"Syukur Alhamdulillah, semoga membesar dengan baik.

"Tahniah Caprice dan isteri. Semoga kehidupan anak pertama anda dipenuhi dengan cinta, gelak tawa dan peluang yang tidak terbatas," tulis netizen.

Pada September tahun lalu, Caprice memaklumkan isterinya sedang hamil lima bulan.

Perkongsian berita gembira itu dibuat selepas mendapat keizinan Farra untuk dikongsi secara umum.

Caprice berkata sebelum ini ramai pihak bertanyakan mengenai zuriat dan dia mengakui di awal perkahwinan mereka masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata disebabkan oleh beberapa faktor.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain