suria

Caprice kongsi berita gembira, umum isteri hamil 5 bulan

Isteri Caprice hamil lima bulan.

PENYANYI rap Caprice berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya iaitu Farra Inalis kini sedang hamil lima bulan.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, dia tampil berkongsi khabar gembira ini selepas mendapat keizinan isterinya.

"Alhamdulillah, buat pertama kali saya ingin umumkan selepas minta izin isteri dulu... yes or no?

capp1 - 1

Caprice bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi.

"Alhamdulillah isteri saya kini sedang mengandung lima bulan," katanya kepada mStar.

Caprice berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk Thor-X yang diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan hitam atas bonet kereta, Caprice percaya isteri jadi sasaran - "Siapa buat kerja jijik ini memang pengecut"

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri seharian moody, Caprice terlupa ulang tahun pertama perkahwinan - "Terima kasih bersabar dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia"

Dalam pada itu, Caprice mengaku ramai pihak bertanyakan mengenai zuriat dan dia mengakui di awal perkahwinan mereka masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata disebabkan oleh beberapa faktor.

Bagaimanapun mereka kali ini tidak menolak rezeki itu dan bersyukur kerana bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi.

"Selepas saya kahwin, ramai tanya saya kenapa tak mahu cuba dapatkan anak.

"Bukan tidak mahu mencuba tetapi sewaktu baru berkahwin dulu, ada macam-macam juga masalah berlaku.

"Tekanan daripada perniagaan, tekanan daripada sosial media... jadi saya memang tidak terfikir lagi soal anak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Caprice juga dilantik menjadi pengasas bersama produk suplemen lelaki iaitu ThorX.

Pelantikan itu dibuat sesuai dengan pengaruh positif yang dibawa penyanyi itu kepada golongan lelaki terutamanya para suami.

"Saya teruja apabila menjadi pengasas bersama produk suplemen ini kerana ia diperbuat daripada bahan organik berkualiti tinggi tanpa kesan sampingan.

capp2 - 1

Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga tahun lalu.

"Ia selamat digunakan dan sudah pun mendapat pengiktirafan pada peringkat global," ujarnya.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November tahun lalu.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain