suria

Farid Kamil buat kejutan hantar bunga kepada Diana… Ini reaksi spontan Neelofa, siap ‘tag’ PU Riz

Diana tersipu apabila menerima bunga daripada Farid.

PENGACARA dan usahawan Noor Neelofa berkongsi rakaman video memperlihatkan pelakon Diana Danielle menerima sejambak bunga daripada suaminya iaitu Farid Kamil sewaktu menjalani penggambaran fotografi jenama Naelofar.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, turut merakamkan momen Diana tersenyum sambil mencium bunga yang diterimanya itu.

Malah, Neelofa sempat berseloroh meminta suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail untuk memberikannya sejambak bunga berwarna biru.

diana1 - 1

Perkongsian Neelofa dan Diana di Instastory milik mereka.

"Daripada siapa tu? Farid Kamil hadiahkan bunga sewaktu Diana berada di set penggambaran Naelofar.

"Sayang, Haris (suami) nak bunga please... warna biru ok?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, Diana Danielle enggan dua anak lalui perjalanan hidup sama

ARTIKEL BERKAITAN: Dah pilih prasekolah untuk Bilal, tapi Neelofa kecewa ibu bapa tak boleh akses CCTV sekolah

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Malah, pelakon filem Imaginur itu turut memuat naik semula hantaran yang dibuat oleh Neelofa itu dan ‘mention’ Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42.

Diana turut meletakkan emoji 'cair' dan mini love kepada suaminya itu.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, memberitahu keputusannya untuk kembali bersama Farid dibuat kerana enggan melihat anak-anak hilang rasa kasih sayang seorang bapa.

diana2 - 1

Diana dan Farid rujuk semula demi anak-anak.

Menurut Diana, dia dibesarkan tanpa merasai rasa kasih seorang bapa, justeru itu tidak mahu anaknya iaitu Muhammad dan Aurora turut melalui kehidupan sama.

Untuk rekod, Farid mendirikan rumah tangga dengan Diana pada 3 November 2012 dan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos lalu, pasangan selebriti ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain